HIJRAH : Sebuah Inovasi
Bila datangnya awal Muharram, selalunya kita tak menantikannya seperti mana kita menantikan tahun Masihi, kan? Perasaannya pun berbeza.
.
Jarang kita nak merasai sesuatu yang baru pada tahun baru Hijrah ini.
Kak Iman pun banyak bermuhasabah diri sewaktu masuknya tahun Hijrah kali ini
.
Umur dah meningkat, adakah amal ini sudah cukup meningkat? Adakah potensi diri sudah cukup digunakan? Adakah ilmu sudah banyak diamalkan?
.
Bila mengingati semula hijrah Rasulullah, memang satu perubahan yang besar itu memerlukan satu tindakan dan pengorbanan. Hijrahnya Rasulullah menjadikan terbentuknya negara Madinah, sehingga terbentuknya sebuah tamadun kemanusiaan sangat hebat dari negara itu.
.
Hadis Rasulullah S.A.W mengatakan, ”Sesungguhnya keimanan akan bersarang ke Madinah sebagaimana ular bersarang ke dalam lubangnya (sarangnya).” ( HR Bukhari dan Muslim)
|
Islam akan kembali ke Madinah, seperti mana satu masa dahulu ia keluar dari Madinah. Seperti mana ular keluar dari sarangnya, akan kembalinya semula ke sarang. Islam akan tertegak dan berdiri semula menjadi order dunia yang baru. Persoalannya adalah bila dan bagaimana?
.
Untuk mendapat satu perubahan yang besar dalam diri kita, memang perlu kita berhijrah.
.
Berhijrah secara fizikal mahupun maknawiyahnya. Berhijrah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Sehingga kepada keadaan yang tidak disangkakan.
.
Pada Kak Iman, Hijrah yang memberi kesan kepada diri ini ada 4 perkara:
.
1) Hijrah dari kejahilan kepada pengetahuan
.
Kita harus mencari ilmu secara konsisten dan berdisplin. Jika perlu ambil kelas/kursus, maka kita harus laburkan wang kita ke arah itu. Ilmu tidak akan datang dengan sendirinya, kitalah yang harus mencarinya.
.
2) Hijrah dari pengetahuan kepada fikrah
.
Ilmu pengetahuan tersebut akan membentuk pemikiran dan ideologi kita. Tanpa ilmu, pemikiran kita takkan bercambah, kita akan jumud (tertutup) serta banyak menyalahkan. Kita juga akan sukar berubah dan sukar menerima perubahan. Ini kerana ilmu yang statik itu akan menjadikan pemikiran juga bersifat statik. Sesuatu yang statik akan membusuk dan membahayakan si Tuannya.
.
3) Hijrah dari fikrah kepada harakah (bergerak)
.
Dari ideologi kefahaman tadi, akan terbentuklah sebuah tindakan. Kita akan berbuat. Kita akan beramal. Paling penting, kita akan berinovasi. Inovasi inilah yang menjadikan tamadun Islam satu masa dahulu ditiru ilmunya oleh pelbagai tamadun lain termasuk bangsa Eropah dan Mongol.
.
Tanpa inovasi, tidak akan adanya perubahan seterusnya. Untuk sesebuah negara berkembang, haruslah ada inovasi. Jika kita mahu menyumbang kepada negara, maka berinovasilah jawapannya.
.
Hijrah kali ini menuntut kita untuk tidak hanya menjadi penonton sejarah. Malah kitalah yang harus melakarkannya, dengan kemampuan diri kita sendiri. Maka ciptalah sejarah itu, jangan kita tunggu peluang itu berlalu pergi.
.
Bagi diri kak Iman dan pasukan kami, banyak proses inovasi yang telah kami lakukan. Bermula dari buku yang kami terbitkan, sehinggalah buku-buku tersebut mampu menembusi sehingga ke pasaran antarabangsa menerusi e-book dan juga jualan e-commerce.
.
Kami juga banyak menggunakan apps dan teknologi terkini untuk memudahkan kerja-kerja operasi kami.
.
Baru-baru ini juga, kami telah perkenalkan kotak IMAN yang baru. Khas untuk pembeli pre-order buku Unshakeable oleh Aiman Azlan sahaja!
Inovasi yang nampak simple, tapi Alhamdulillah kotak kecil itu mampu menggembirakan ramai orang
|
p/s: Terima kasih kepada semua yang support buku keluaran dari IMAN Publication yang bertajuk Unshkeable baru-baru ini.
.
Inovasi yang kecil-kecil inilah yang harus kita hargai. Lama-lama inovasi itu akan memberi impak yang besar dalam hidup kita. Betul tak?
.
Terima kasih semua yang sudi dan sentiasa menyokong Kak Iman. Kita berinovasi bersama-sama sempena Hijrah ini!
.
Kak Iman
|
Sample Block Quote
Praesent vestibulum congue tellus at fringilla. Curabitur vitae semper sem, eu convallis est. Cras felis nunc commodo loremous convallis vitae interdum non nisl. Maecenas ac est sit amet augue pharetra convallis nec danos.
Sample Paragraph Text
Praesent vestibulum congue tellus at fringilla. Curabitur vitae semper sem, eu convallis est. Cras felis nunc commodo eu convallis vitae interdum non nisl. Maecenas ac est sit amet augue pharetra convallis nec danos dui.
Cras suscipit quam et turpis eleifend vitae malesuada magna congue. Damus id ullamcorper neque. Sed vitae mi a mi pretium aliquet ac sed elitos. Pellentesque nulla eros accumsan quis justo at tincidunt lobortis denimes loremous. Suspendisse vestibulum lectus in lectus volutpat, ut dapibus purus pulvinar. Vestibulum sit amet auctor ipsum.