AidilAdha: Adakah Sekadar Solat Raya Dan Makan Daging?
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Hanya satu sahaja yang menjadi penilainya iaitu taqwa. Yang paling mulia di sisi Allah, yang paling dekat denganNya adalah orang yang paling bertakwa.
Apakah takwa yang dimaksudkan? Kata Sayidina Ali RA: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.” (Rujukan : Apakah Itu Takwa)
Alhamdulillah kita diberi kesempatan tahun ini berada di dalam bulan Zulhijjah. Bulan yang berkumpul begitu banyak ganjaran yang Allah janjikan.
Bulan yang penuh berkat dan limpahan kebaikan berisikan keutamaaan kewajiban agama, iaitu kewajiban berhaji dengan manasik, perjalanan iman dan ibadah, makna pengorbanan, pengabdian, jihad dan mujahadah. Dapat dilihat dari hadis nabi yang bermaksud
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Dalam riwayat at-Thabrani:
“Tidak ada hari-hari yang lebih afdal di mana taqarrub kepada Allah dilaksanakan pada hari tersebut kecuali hari-hari yang sepuluh ini.”
(Rujukan : Rabaniyyah Dalam 10 Hari Awal Bulan Zulhijjah)
Dari hadis ini menunjukkan keutamaan beribadah dalam bulan Zulhijjah. Oleh itu, marilah kita mengisi hari-hari di dalamnya dengan amal soleh dan berpuasa sunat pada hari Arafah yang jatuh pada hari Sabtu bersamaan 10 Ogos 2019 bagi tahun ini.
Semoga Allah menerima amal-amal soleh kita dan menjadikan kita hamba-hambaNya yang bertakwa.
Antara hikmah terbesar dari ibadah haji juga adalah perpaduan. Meraikan kepelbagaian dan keragaman. Kebersamaan itulah yang kita rayakan dalam balutan ihram putih saat wukuf di Arafah. Keteraturan yang kita saksikan dalam putaran Thawaf dan perjalanan Sai.
Keseragaman dan kebersamaan.
Penuh perbezaan dan keteraturan. Itulah integrasi yang menjadi watak dasar agama. Kerana manusia disatukan asal dan tujuan yang sama. Panorama kehidupan apakah yang paling kuat kita rasakan saat berhaji?
Itulah dia keragaman atau kepelbagaian. Semua warna kulit, postur, bahasa, watak, budaya, makanan. Tumpah ruah dalam kebersamaan. Tampak berbeza tapi mengalir teratur. Inilah yang dikatakan dalam ayat pertama yang kita bincangkan tadi. Akhirnya di sisi Allah, di hadapan Allah, kita adalah satu, yang menjadikan kita berbeza hayalah ketakwaan kita padaNya. (rujukan : Anismatta)
Bayangkan seluruh umat Islam dari serata dunia datang dengan niat yang satu iaitu melaksanakan ibadah kepada Allah dan melengkapkan rukun Islam kelima.
Islam agama yang meraikan perbezaan. Dan kerana itu konsep ijtihad (penelitian secara deduktif terhadap dalil-dalil yang mensabitkan maqasid syarak bagi mendapatkan hukum syarak) wujud dalam agama ini. Ketika ijtihad dilakukan walaupun ianya salah, satu pahala tetap diperolehi.
(Rujukan : Pengenalan Kepada Ijtihad)
Mari lah kita saling meraikan. Rasakan perbezaan antara kitalah yang menjadikan dunia ini penuh warna warni.
Selagi perbezaan sesama kita tidak lari dari syariat agama, berlapang dadalah.
Cukup-cukuplah kita ditertawakan musuh-musuh Islam melihat kita saling bergaduh sesama sendiri.
Bermasam muka, menebar fitnah hanya kerana perbezaan politik. Atau mengherdik, mencaci kerana perbezaan cara fikir. Atau saling memburukkan hanya kerana berbeza mazhab dan fahaman.
Tinggalkanlah segala keegoan. Merasa benar berbanding orang lain.
Hidup di zaman fitnah ini, perlunya kita berhati-hati. Kerana selain al-Quran dan hadis sebagai panduan, segalanya menjadi kelabu dan samar-samar.
Salam Aidil Adha 1440H,
Mari menghayatinya dengan saling berkasih sayang!
Sample Block Quote
Praesent vestibulum congue tellus at fringilla. Curabitur vitae semper sem, eu convallis est. Cras felis nunc commodo loremous convallis vitae interdum non nisl. Maecenas ac est sit amet augue pharetra convallis nec danos.
Sample Paragraph Text
Praesent vestibulum congue tellus at fringilla. Curabitur vitae semper sem, eu convallis est. Cras felis nunc commodo eu convallis vitae interdum non nisl. Maecenas ac est sit amet augue pharetra convallis nec danos dui.
Cras suscipit quam et turpis eleifend vitae malesuada magna congue. Damus id ullamcorper neque. Sed vitae mi a mi pretium aliquet ac sed elitos. Pellentesque nulla eros accumsan quis justo at tincidunt lobortis denimes loremous. Suspendisse vestibulum lectus in lectus volutpat, ut dapibus purus pulvinar. Vestibulum sit amet auctor ipsum.