Anugerah Teragung Dari Tuhan

Penulis : Nur Afirah ; Ainul Farihah
Penerbit : Aqada International Sdn Bhd

Semua orang pernah rebel, paling tidak pun, semua orang ada sisi rebelious masing-masing. Ini kisah seorang Amrullah Khairi, bekas taiko gangster sekolah biasa-biasa, tiba-tiba kena campak masuk sekolah agama di ceruk kampung mana entah. Gila tak rebel? . Gara-gara bergaduh dengan member baik sendiri, Imran, di sekolah lama sampai dia yang patah riuk lengan dan kaki, manakala Imran pula masuk juvana, ayah buat keputusan drastik untuk pindahkan dia ke sebuah sekolah agama. Dia jadi panas hati. Ayah tinggal dekat UK, main ‘campak’ je dia dekat sekolah macam ni. . Bagi Amrullah Khairi, bertemu Anas Fattah dan kroni-kroninya merupakan satu rahmat Tuhan. Mereka dikira sangat rare untuk wujud di sekolah seperti ini. Dengan Muaz Muqri yang ada masalah ketagih rokok, Ammar As’ari dengan couplenya, Daniel Ridza yang punya attitud kemalasan tahap langit ketujuh, dan Anas Fattah sendiri merupakan abang long kawasan. . Sementara itu, Qa’id, seorang pelajar lama di sekolah tersebut melihat Amrullah Khairi dari sudut pandangan lain daripada apa yang orang lain lihat. Di kala ramai menghakimi Amrullah Khairi sebagai pelajar tiada harapan, Qa’id tetap optimis memandang Amrullah Khairi sebagai seseorang yang punya potensi yang hebat. Amrullah Khairi sendiri tak faham kenapa Qa’id beria-ria menyantuninya dengan baik. . Andai kata Amrullah Khairi ambil keputusan untuk berubah sekali pun, dia tidak mahu ayah tahu. Biar saja ayah kenal anaknya ini sebagai seorang yang rebellious dari dulu. Tanda protes. . Apakah keputusan yang Amrullah Khairi ambil untuk meneruskan kehidupannya dengan aman damai, melepaskan jiwa dari belenggu pemberontakan ? Apakah Anugerah Teragung Dari Tuhan untuk seorang Amrullah Khairi ni?

Write a review

Your Name:

Your Review:

Note: HTML is not translated!

Rating: Bad Good

Enter the code in the box below:

Customer Reviews

 

 

 

"Satu satunya bookstore di Malaysia yang menjual buku buku ber genre haraki dan yang diusahakan oleh anak muda Malaysia dengan azam yang tinggi untuk melihat warga malaysia menjadi warga negara yang membaca dan menyintai agama." (Muharrik Daie)​

"Hebat! Mencorak masyarakat dgn ilmu.. Subhanallah. Buku2nya mantop." (Nurfatin Azilimy)

"one of the medium to find islamic books and stuffs." (Cikgu KayKay AlKhair)

"Buku buku tarbiah daripada imanshoppe semua best best. Suka sangat bermuamalat dengan mereka." (Nurnabila Abdul Rahaman)

"Imanshoppe sentiasa update buku-bukunya, especially yang best-best from Indonesia! Keep it up! Moga Allah berkahi." (Jannatun Nisa Jahasnum)

"Pernah membeli buku di sini. Smooth je processnye. Semoga terus maju!"  (Abdul Falakh Zafrieyl)

 


  Payment Methods :                                                     Powered By : 

                    

 

 

Latest Tweets