Kombo Mencari Jawapan

53 In stock
RM67.00
customers are viewing this product

Istimewa buat 500 pembeli yang terawal buku Kombo Mencari Jawapan anda akan dapat:

  • Senaskhah buku Duduk Sebentar
  • Senaskhah buku Adakah Ini Yang Terbaik?
  • Bookmark Duduk Sebentar
  • Bookmark Adakah Ini Yang Terbaik?

--

Sinopsis

Duduk Sebentar: Bagaimana Khusyuk Dapat Memberi Kelegaan Dalam Dunia Serba Laju oleh Fakhrul Islam

“Aku tak sampai hati nak cakap ‘tak boleh’ kalau orang dah minta.”
“Dia pun berjaya buat benda tu, takkan aku tak boleh?”

Setiap hari, hidup kita seakan-akan pentas perlumbaan dalam menentukan apa yang patut kita buat, ataupun siapa yang patut kita jadi. Kita membandingkan diri dengan orang lain. Kita terkejar-kejar untuk menjadi lebih baik. Semua perkara mesti dibuat dan diberikan perhatian.

Akhirnya, kita tidak lagi mampu memberi erti kepada setiap sesuatu dilakukan, sehingga kehidupan terasa kosong.

“Dalam hiruk-pikuk dunia yang melemaskan, semoga kalam Tuhan menjadi peneman yang menyamankan.”


Adakah Ini Yang Terbaik? Memahami Seni Berinteraksi dengan Tuhan Melalui Istikharah by Nazrin Nashir

“Aku tak tahulah nak pilih yang mana. Semua macam okey je.”
“Betul ke ini keputusan yang aku patut buat?”

Dalam satu hari, kita dihadapkan dengan seribu satu pilihan. Masa pula bergerak laju, bagaikan mendesak kita untuk membuat keputusan serta-merta.

Semua ikhtiar kita lakukan—bertanya rakan dan pakar, juga merujuk artikel—agar tidak salah memilih. Namun, apabila usaha tidak berhasil, kita bingung.

Apa yang silap?

Mungkin, sewaktu kita mencari bantuan daripada orang lain, kita terlupa bahawa tiada pun yang lebih mengetahui apa yang terbaik selain Allah SWT. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, maksudnya;

“Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan,mohonlah pertolongan kepada Allah.”

--

Melalui Kombo Mencari jawapan ini, anda bakal menemui jawapan untuk semua persoalan di minda, antara topik perbincangan adalah:

  • Mengurus keserabutan dalam perspektif al-Quran terhadap gangguan dan kesibukan dunia yang sentiasa bergerak laju
  • Peranan dan makna istikharah dalam kehidupan yang dipenuhi perkara memeningkan fikiran dan merunsingkan jiwa
  • Memahami hikmah khusyuk melalui solat dalam membina fokus kehidupan berlandaskan akhirat
  • Mengenali sifat-sifat diri yang Allah SWT ciptakan. Sifat-sifat itu adalah sifat kekurangan namun ia dilengkapi dengan sisi kesempurnaan penciptaan
  • Panduan praktikal untuk membuat keputusan agar diri kita mempunyai keberanian dalam membuat keputusan



Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Untuk membuat semakan order yang telah dibuat, anda perlu sign in account untuk melihat history pembelian yang telah anda lakukan di www.imanshoppe.com.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran buku akan dilakukan dalam masa 2-3 hari, luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui SMS dan email dari Easyparcel setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Untuk servis self pickup dan pembelian secara walk in buku akan mula diproses dalam masa 24 jam selepas order di website. Anda boleh pick up semasa waktu bekerja Isnin - Jumaat (12 tengah hari - 5.00 petang)

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Kombo Mencari Jawapan
You have successfully subscribed!
This email has been registered