Polaroid by Azrulr
Penulis: Azrulr
Penerbit: Jejak tarbiah
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297561882
Bil. Muka surat:
Format: Paperback
Harga: RM42
Berat: 0.5
Sinopsis
SNAP!
Kening jejaka itu berkerut. Dia meneliti gambar dengan lebih dekat. Gambar sudah siap, tetapi suasananya begitu berbeza.
Dalam kegelapan rahsia bandar Johor Bahru, seorang remaja bernama Qadhir ditemukan dengan sebuah polaroid ajaib. Kamera yang bukan sahaja mengetik gambar, tetapi mampu menyingkap dunia kejahatan. Sentiasa membawanya kepada jenayah mengerikan.
Menggunakan polaroid, Qadhir cuba membuka kehidupan masa lalunya.
Kemudian bersama sahabatnya, Detektif Dayang, perempuan energetik bermulut halilintar, mereka meneroka setiap ketikan, membuka pintu demi pintu kepada jenayah hitam, pembunuhan berdarah dingin dan malah konspirasi.
Akan tetapi, apakah hanya Qadhir yang memiliki kuasa magis ituz Dan berjayakah Qadhir menjejak sejarah hidupnya kembali?