Produk ini ialah buku sahaja, TANPA SPRAYED EDGES
Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan: Edisi Istimewa
Selepas 10 tahun diterbitkan, dua naskhah terawal karya Teme Abdullah ini masih terus mendapat tempat di hati para pembaca hingga hari ini. Bersempena Sedekad Teme Abdullah, edisi istimewa ini diterbitkan khas untuk meraikan perjalanan luar biasa tersebut:
- Menggabungkan Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan dalam satu naskhah kompilasi
- Menampilkan gambar-gambar eksklusif hari-hari Teme di Kota London
- Istimewa! Nota khas daripada Teme Abdullah sendiri tentang makna sepuluh tahun perjalanan ini buat dirinya
- Teks dikemaskini dan reka letak ditambah baik untuk pengalaman bacaan yang lebih lancar
Penulis: Teme Abdullah
Penerbit: IMAN Publication Sdn Bhd
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Melayu
ISBN: 978-629-92159-1-2
Bil. Muka surat: 455pp
Format: Paperback
Harga: RM 48
Berat: 0.6kg
Sinopsis:
“Ia akan kekal dongeng... jika engkau tidak mula berjalan.”
Akibat gagal memenuhi syarat penaja, Teme menyangka dia tidak akan dapat mencapai impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, seterusnya menjadi arkitek.
Namun, dia tekad dan membuat keputusan berani mati untuk terbang ke United Kingdom. Hanya dengan menggunakan wang simpanan sendiri, dia sedar bahawa kehidupan di sana bakal menghimpit diri.
Mampukah dia?
Ikuti kembara suka duka dan jatuh bangun Teme dalam mengharungi cabaran menuntut ilmu di bumi asing; daripada ikhtiar bekerja di restoran demi mencari wang tambahan, berpuasa setiap hari dengan hanya berlaukkan telur, menjual lukisan di jalanan, sehingga akhirnya berjaya menamatkan pengajian bersama sahabat baiknya, Ahmad.
🎓 🎓 🎓
Selepas 10 tahun diterbitkan, buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan masih terus mendapat tempat dalam hati para pembaca pada hari ini. Dengan lebih 180 ribu naskhah telah terjual, memoir fiksyen inspirasi kisah benar karya Teme Abdullah yang mencatatkan pengalaman beliau mengharungi cabaran untuk menampung diri sebagai pelajar di Kota London masih menyentuh hati dan terus menjadi inspirasi pelajar serta masyarakat umum.
Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan: Edisi Istimewa ini diterbitkan bagi meraikan sedekad pertama perjalanan karya Teme Abdullah, agar mesej daripada kisah ini terus hidup dan boleh dimanfaatkan oleh pembacanya.
Ciri Khas Edisi Istimewa ini:
-
Gabungan 2 buku Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan dalam satu kompilasi
-
Gambar-gambar eksklusif hari-hari Teme di Kota London - ada yang belum pernah dikongsikan di mana-mana!
-
Nota khas daripada Teme Abdullah selepas 10 tahun buku ini ditulis
-
Kemaskini teks dan reka letak pengalaman bacaan yang lancar