Nama penulis : Zhaenal Fanani
Judul : Komik Jejak Khalifah: Abu Bakar Al-Siddiq
ISBN : 978-629-94730-1-5
Harga : RM38
Penerbit : Nuktah
Tahun Terbitan : April 2026
Bahasa : BM
Bil M/S : 248
Berat : 0.3 kg
Sinopsis : 'Selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam teruji dengan cabaran yang sangat dahsyat. Ada yang enggan membayar zakat, ada pula yang berani mengaku sebagai nabi palsu, dan ada musuh di luar sana sedang menunggu peluang untuk menghancurkan negara Islam yang masih muda.
Pada saat genting itulah, Abu Bakar al-Siddiq RA tampil sebagai khalifah pertama yang memikul amanah besar untuk mempertahankan agama dan umat. Dengan ketegasan dan kebijaksanaannya, beliau berusaha untuk berhadapan dengan golongan murtad, nabi palsu, dan ancaman luar yang mahu melihat Islam runtuh.
Mampukah seorang khalifah baharu mengekalkan kekuatan umat ketika diasak dengan pelbagai ancaman pada saat jasadnya sudah semakin melemah dimakan usia?'