-16%
Zoom the image with mouse

Kombo Harapan Ramadan

223 In stock
RM59.00 RM70.00
customers are viewing this product

Dapatkan Kombo ini dengan hanya RM59 dan jimat RM11 daripada harga asal!

Istimewa buat pembeli  Kombo Harapan Ramadan, anda akan dapat:

  • Sedikit, Tapi Cukup: Menyemai Rasa Bahagia Dengan Apa Yang Ada by Fakhri Fadzli
  • Redha: Memaknai Rasa Berserah Kepada Tuhan Tatkala Takdir Di Luar Kawalan by Irfhan Fitr

Kenapa anda perlu dapatkan Kombo Berbaik Sangka ini?

  1. Memahami Maksud Qanaah
  2. Memahami Maksud Cukup dalam Islam
  3. Doa untuk sentiasa berasa Cukup yang dikongsikan penulis
  4. Doa-doa para nabi yang di baca oleh mereka ketika dalam sesuatu keadaan 
  5. Kisah di sebalik doa yang dikongsikan 
  6. 30 Doa untuk amalan seharian 

**

Sedikit, Tapi Cukup: Menyemai Rasa Bahagia Dengan Apa Yang Ada by Fakhri Fadzli

Kita sering merasakan apa yang kita miliki sekarang tidak cukup. Jika ditambah, ada sahaja perkara lain yang kita inginkan dan perlukan. Gajet baru, baju baru, gaji tinggi. Jika tidak dapat, kita sedih,kecewa dan murung. Jika dapat, kita gembira, namun kemudian...

Kita akan mencari lagi dan lagi yang lebih baru, yang lebih cantik, yang lebih hebat. Duit, masa dan tenaga yang dilaburkan semakin banyak, tetapi kita masih belum puas hati.

Tanpa sedar, kita terperangkap dalam satu kitaran berbahaya.

Aku nak lagi.
Apa yang aku ada belum cukup.
Aku perlukan semua ini.

Mengapa kita berada dalam situasi ini?

Sebenarnya, apakah perkara yang kita betul-betul perlukan? Adakah wujud satu produkdi dunia ini yang boleh mengisi kekosongan dalam diri itu?

Menerusi buku ini, Fakhri Fadzli menjelaskan kepada kita bahawa punca segala masalah yang timbul akibat keinginan berterusan ini adalah kerana kehilangan rasa bahagia dengan apa yang ada. Dengan tulisan yang santai, penulis mengajar kita cara membina kekayaan jiwa melalui qanaah, “berasa cukup dan reda dengan susunan Allah SWT.

"Jika engkau memiliki hati yang berasa cukup, engkau dan raja dunia sama sahaja."

**

30 Doa Daripada Al-Quran & Hadis Saat Hampir Berputus Asa by Fakhri Fadzli

Saat Nabi Ayub AS mengangkat tangan berdoa, baginda telah kehilangan segala-galanya.

Saat Nabi Yunus AS merintih kepada Tuhan, baginda sedang terperangkap dalam kegelapan.

Saat Nabi Musa ASmemohon pertolongan-Nya, baginda diselubungi rasa resah dan gelisah.

Namun, setiap kali mereka berdoa, doa mereka dimakbulkan—cepat atau lambat, pasti adajawapan daripada-Nya.

Apa rahsia doa para anbia sehingga diperkenankan oleh Allah SWT? Adakah melalui caramereka berdoa? Dan andai kita berdoa seperti mana mereka, mungkinkah doa kita juga akan diterima?

Dalam buku ini, penulis menelusuri 30 doa terpilih daripada al-Quran dan hadis, mengungkap kisah di sebalik setiap doa serta keikhlasan para anbia saat mereka merintih kepada Allah SWT.

Melalui huraian yang penuh makna, kita akan belajar bahawa doa bukan sekadar lafaz kata,tetapi luahan hati yang tulus pada saat keterdesakan. Dan ketika hampir berputus asa, semoga kita dapat berdoa dengan penuh pengharapan—seperti yang ditunjukkan oleh mereka yang paling dekat dengan Tuhan.

 

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Kombo Harapan Ramadan
You have successfully subscribed!
This email has been registered