Kembali Menjadi Hamba oleh Neelofa & Harris Ismail
Penulis: Neelofa & Harris Ismail
Penerbit: Tentang Kita
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297722412
Bil. Muka surat:
Format: Paperback
Harga: RM49
Berat: 0.3kg
Sinopsis:
Mengapa Hati Masih Gelisah Di Sebalik Segalanya Yang Cukup?
Ada waktu, hidup terasa berat. Walaupun solat terjaga, doa tidak putus, dan usaha tidak pernah henti. Rumah ada, pasangan ada, rezeki sentiasa tersedia—namun, sekeping hati ini tetap merasa kosong dan gelisah.
Diri Yang Lebih Hamba lahir daripada sebuah kesedaran: Bahawa ketenangan bukan datang daripada memiliki segalanya, tetapi dengan kembali kepada Allah dengan hati yang benar-benar hadir.
Buku ini merupakan sebuah naskhah buat jiwa yang:
-
Mahu memperbaiki hubungan dengan Tuhan dalam hiruk-piruk dunia.
-
Mencari bahasa kasih yang hilang dalam rumahtangga.
-
Sedang merawat luka-luka tersembunyi yang dipendam sendirian.
Ia bukan tentang jawapan segera, tetapi tentang perjalanan menjadi hamba dalam setiap kehilangan, kesabaran, dan dalam diam. Kerana rumah yang berkat tidak bermula dengan kesempurnaan, tetapi dengan hati yang sudi 'pulang'.