Penerbit: Pelita Tenggara Enterprise
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Melayu
ISBN: 977-2716-5426
Bil. Muka surat: 51
Format: Paperback
Harga: RM25
Berat: 0.7kg
Sinopsis
“Entah-entah, Kuala Lumpur tak pernah berubah. Mungkin kita yang banyak tersasar dan menderhaka kepadanya, dalam perjalanan kita tumbuh mendewasa, menua sebelum kemudiannya mati. Kita, dalam erti yang seluruh: penghuni, pemimpi, perantau, pengingin, pembangun, pemusnah dan entah apa lagi. Sejak dulu, kota ini adalah habuan pertaruhan bagi setiap manusia yang sentiasa berghairah terhadapnya, untuk tujuan apa sekalipun. Tetapi ia tetap menawarkan hangat rahim ibu dan pelukan damai —setidak-tidaknya kepada mereka yang berada dalam rangkulannya.”
Jurnal Svara ialah sebuah penerbitan berkala di Malaysia yang memberi tumpuan kepada perihal budaya. Diterbitkan 4 kali setahun, setiap isu memuatkan esei-esei panjang, cerpen dan sajak daripada pelbagai penulis meliputi hal-hal berkaitan kritik sastera, filem, muzik, wawancara dan lain-lain.
Antara yang menarik dalam isu 15 ini:
- Mengimbau Sejarah Brickfields Dan Oku oleh Rosli Ibrahim
- Berkisah Tentang Pusaka Yang Hilang oleh Dina Zaman
- Ismail Mengingat Projek Kl Kota Linear oleh Badrul Hisham
- Menerjemah Subramania Bharati oleh Uthaya Sankar Sb
- Merempit Dengan Castello oleh Danny Lim