Husnuzon: Seni Bersangka Baik Dengan Tuhan Saat Berdepan Ujian & Kekecewaan by Nazrin Nashir

511 In stock
RM29.00 RM32.00
customers are viewing this product

Penulis: Nazrin Nashir
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297665498
Bil. Muka surat: 216 m/s
Format: Paperback
Harga: RM32.00

Sinopsis

Bersangka baik kepada Tuhan bukan semudah yang kita sangkakan. Ia sering disalahfahami, seolah-olah sekadar pasrah tanpa daya.

Kita telah berusaha. Kita bekerja keras seperti orang lain. Kitatetap berbuat baik—walaupundalam luka. Namun, kekecewaan masih datang bertali arus. Kita cuba bertahan, tapi akhirnyayang tinggal hanya lelah dan penat. Dalam hati, bisikan pahit itu muncul,
'Apa gunanya sangka baik, kalau akhirnya aku juga yang menderita?'

Buku ini ingin mengajak kita menyelami makna sebenar husnuzon—bukan sekadar berserah tanpa usaha, tetapi sebagai cahaya yang memandu langkah, kekuatan yang menghidupkan jiwa, dan ketenangan yang membisikkan makna di sebalik setiap ujian.

Dengan merenungi hikmah di sebalik aturan-Nya, kita akan menemukan bahawa dalam setiap peristiwa, walaupun pahit, terselit kasih sayang dan rahmat Allah SWT yang tidak terduga.
*
“Ketahuilah bahawa segala bencana, musibah, kesakitan dan kesusahan yang berlaku di duniaini—walaupun secara zahirnya ia seakan-akan azab dan penderitaan—namun padahakikatnya ia merupakan hikmah dan rahmat.”–Al-Razi

**

“Every cloud has a silver lining. Setiap awan mendung pasti mempunyai sisi cerahnya. Setiap kesulitan yang kita hadapi, pasti tersembunyi kebaikan di sebaliknya.”

 

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Husnuzon: Seni Bersangka Baik Dengan Tuhan Saat Berdepan Ujian & Kekecewaan by Nazrin Nashir
You have successfully subscribed!
This email has been registered