Zoom the image with mouse

Bila Jiwa Penuh Warna Duka by Osman Deen

594 In stock
RM32.00
customers are viewing this product

Penulis: Osman Deen
Penerbit: IMAN Publication
Imprint: Rumaa Books
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786299536215
Bil. Muka surat: 372 m/s
Format: Paperback
Harga: RM32.00
Berat: 0.3kg

Sinopsis

“Kalaulah aku tak dihantui semua warna ni, kemalangan tu mesti takkan jadi, kan?”
“Adi, kau pun manusia juga. Manusia pasti akan buat silap.”
*
Sejak pemergian ibunya, Adi dapat melihat manusia mengikut warna emosi yang sedang dilalui mereka. Adi merasakan ia sesuatu yang tidak bermakna, sehinggalah dia melihat sendiri kesan hebat warna-warni teater terhadap penonton. Dengan mata bercahaya, Adi bertekad,satu harinanti aku akan jadi pengarah yang hebat!

Namun, setelah Adi masuk ke dunia teater, suatu tragedi gelap menimpa pelakonnya. HarapanAdi berkecai. Ini semua salah aku, dia terlalu yakin paling memahami manusia, sedangkan dia membahayakan mereka!

Lantas Adi menguburkan impian dan bekerja di belakang tabir sahaja. Namun, ketika teater yang berlangsung tiba-tiba kehilangan pengarah, Adi sedar bahawa tiada siapa lagi yang mampu menggantikan–kecuali dirinya.

“Kenapa habiskan duit dan masa untuk cerita yang orang tak tengok?”
“Sebab ada yang perlukan cerita kau, Adi.”

Walau hatinya berat, Adi perlu memilih. Adakah terus melarikan diri, atau kali ini memberanikan diri untuk mencorakkan pentas warna gilang-gemilang yang telah lama diimpikan?


Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Bila Jiwa Penuh Warna Duka by Osman Deen
You have successfully subscribed!
This email has been registered