Kisah perjalanan Sofea untuk keluar daripada belenggu ketidakstabilan hidupnya dan masa lampaunya.
Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain.
Namun, pertemuan dengan Danny — seorang atlet tinju tersohor — mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya — tetapi dengan harga yang mahal.
Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea.
Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan–turuti permintaan mereka agar orang sekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?
Danny merupakan anak kacukan Asia Tenggara dan Selatan Eropah. Walaupun wajahnya tampak lebih Asia, bentuk hidung dan warna matanya yang perang, gelap sikit sahaja daripada warna hazel, membuatkan sekilas pandang sahaja orang sekeliling boleh tahu yang Danny bukanlah berdarah Asia Tenggara tulen.
Berbeza dengan Sofea yang merupakan pelajar cemerlang, Danny merupakan samseng di zaman sekolah. Namun ada persamaan antara mereka. Kedua-duanya pernah melakukan kesalahan berat di sekolah. Hukuman sahaja yang berbeza.
Wajahnya wajah Asia. Kulitnya tidak terlalu cerah, tidak pula gelap. Namun dalam kalangan orang sekeliling, Sofea boleh dikatakan cerah. Kalau ikutkan, Sofea ada lesung pipit. Cuma ia hanya kelihatan ketika dia tersenyum. Wajahnya sering dikatakan cantik oleh orang-orang yang mengenalinya.
Sofea sejenis manusia yang fokus pada pelajaran dan karier. Namun, ada peristiwa yang sering membelenggunya dalam keasyikannya untuk terus maju dalam hidup.

Banyak saya belajar. Tentang keikhlasan, ikhlas itu suci. Tentang kawan, tak semua org yang baik di hadapan kita akan baik di belakang kita. Tentang kepayahan waktu belajar, untuk dapat good result perlu ada usaha. Tentang bakat, tak semua orang lahir terus mahir dalam sesuatu perkara.
Terima kasih kerana menerbitkan buku yang bagi impak besar dalam hidup saya. Terima kasih juga kepada Teme Abdullah kerana dia buka mata saya untuk faham tentang semua tu.
Jalan cerita yang menarik. Dapat rasa ketulusan penulis menulis buku-buku tersebut.
Sangat memberi inspirasi kepada semua golongan untuk terus berjaya. Setiap cerita yang diceritakan oleh penulis memberikan motivasi kepada si pembacanya. Teruskan menulis Teme. Kerana buku-buku beliau sangat-sangat berbeza dengan penulisan penulis yang lain.
Saya pasti perjalanan Teme menjadi arkitek dan belajar di universiti terkemuka di UK dengan menjadikan kerjaya pelukis jalanan sebagai laluan menyambung cita-cita adalah satu simbol ketekunan, kecekalan yang original dan
dan banyak menegur saya untuk memperbaiki niat saya apabila membuat sesuatu.”
Mengisahkan kehidupan Teme Abdullah sebagai pelajar A-Level yang berusaha menyambung pelajaran di United Kingdom tanpa bantuan biasiswa.
Ikuti cabaran ketika Teme menjalani kehidupan di luar negara, menyeimbangkan kehidupan sebagai seorang pelajar dan bekerja demi menampung perbelanjaan.
Mengisahkan pengalaman Teme Abdullah semasa menuntut ilmu di sebuah universiti di luar negara, dalam bidang Seni Bina.
Ikuti jatuh bangun Teme dan rakannya, Ahmad berusaha mendapatkan keputusan cemerlang dalam tahun akhir pengajian.
Mengisahkan kecekalan Iskandar yang berimpian tinggi untuk menjadi seorang arkitek dan penulis sedari kecil.
Ikuti perjalanan Iskandar memantapkan skil melukis dan mewarnanya, demi merealisasikan impian.
Mengisahkan cabaran sekumpulan pelajar sekolah berasrama penuh yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia.
Ikuti suka duka lima 5 sahabat dalam usaha untuk sama-sama berjaya dalam SPM.
Nama Teme dalam dunia perbukuan tidak asing lagi bermula dari karya pertama beliau iaitu Pelukis Jalanan. Sehingga hari ini, buku-buku tulisan Teme Abdullah masih mendapat tempat di hati pembaca sehingga mencatatkan jumlah jualan keseluruhan melebihi 500,000 naskhah kesemuanya.
Teme Abdullah adalah nama pena beliau. Nama tersebut digunakan sebagai merahsiakan identiti sebenar beliau. Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 2008 lagi. Bermula daripada penulisan blog, Teme berkongsi komik dan doodle yang dilukis beliau sehinggalah hari ini Teme telah menghasilkan 14 buah buku termasuk novel terbarunya, Bayang Sofea.
#VIDEO TRAILER TEME ABDULLAH