-30%
Zoom the image with mouse

Meraih Cinta & Kasih Sayang Perkahwinan dan Pernikahan Menurut Islam by Muhammad Mustafa Al-Jibaly

13 In stock
RM18.90 RM27.00
customers are viewing this product
Penulis: Muhammad Mustafa Al-Jibaly
Penerbit: Dakwah Corner Publications (2014)
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre: Umum
ISBN: 9789670835006
Ketebalan: 212 m/s
Format: Softcover

Perkahwinan adalah keadaan yang kekal dan penting kerana sangat berperanan dalam kehidupan manusia. para ulama dan cendikiawan Islam membahaskan hal perkahwinan melalui banyak penulisan yang dihasilkan sejak dahulu. Melihat kepada keperluan dan keprihatinan terhadap orang Islam, kami mendapati kebanyakan hasil tulisan yang berbentuk Islam tentang perkahwinan sangat terhad dalam skop yang tertentu telah ditulis untuk budaya dan latar belakang yang berbeza. Melalui ketiga-tiga buku dalam siri ini, kami berusaha membincangkan perkahwinan menurut Sunnah yang sahih.

Meraih Cinta & Kasih Sayang
Perkahwinan dan Pernikahan Menurut Islam

Buku pertama membincagkan kepentingan dan kebaikan perkahwinan, pemilihan pasangan, proses peminangan, kontrak perkahwinan, walimah, dan perkahwinan yang dilarang.

Pakaian Yang Paling Indah
Hubungan Intim Menurut Sunnah

Buku kedua pula membincangkan etika yang betul hubungan mesra dalam perkahwinan, amalan dalam hubungan intim yang dilarang, bahaya zina, dan perancangan keluarga. Buku ini menjawab persoalan tentang pelbagai tindakan intim.

Keutuhan Rumahtangga Bahagia
Hak dan Kewajipan Pasangan Menurut Islam

Buku ketiga menghuraikan hak dan kewajipan kedua-dua pasangan. Buku ini turut mengandungi biografi ringkas isteri-isteri Rasulullah SAW, gambaran yang realistik daripada kehidupan Rasulullah SAW bersama para isteri Baginda, dan perbincangan yang lengkap tentang hadis daripada Ummu Zar'.
Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Meraih Cinta & Kasih Sayang Perkahwinan dan Pernikahan Menurut Islam by Muhammad Mustafa Al-Jibaly
You have successfully subscribed!
This email has been registered