Bergaji & Pokai: Membina Kehidupan Bebas Tekanan Melalui Pengurusan Kewangan Yang Realistik by Suraya Zainudin
Penulis: Suraya Zainudin
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459552
Bil. Muka surat: 230m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.26kg
Sinopsis
Fasa menjadi seorang dewasa adalah proses yang tidak pernah diajarkan oleh guru mahupun keluarga kita. Dari sekian banyak pelajaran yang tidak pernah diajarkan,, pengurusan kewangan antara yang paling kritikal kerana ia mempunyai impak yang besar kepada seluruh kehidupan jika tidak dikendali dengan baik.
Habis belajar, tiba-tiba terus terbeban dengan hutang pengajian. Pendapatan tak tentu ada, hutang yang ada. Menjadi dewasa bukan bermula dengan kosong, tetapi negatif.Â
Nasihat-nasihat kewangan yang ada di sosial media pula memang ada yang membantu, tetapi kebanyakkan lebih banyak menjatuhkan motivasi. Seolah-olah, keadaan kita yang bermasalah dengan kewangan ini, semuanya berpunca dari sikap kita semata-mata. Tanpa mengambil kira cabaran dan keadaan ekonomi hari ini.Â
Suraya dengan rasa empati cuba mendekati kelompok ini; memberik cadangan yang paling praktikal untuk diikuti. Dia faham benar keadaan ini kerana dia juga sama seperti dahulu. Mencari cara terbaik untuk menguruskan kewangan.Â
Bahkan menariknya, perjalanan mencari cara terbaik itu didokumentarikan Suraya melalui websitenya Ringgit Oh Ringgit. Cara bagaimana yang menjadi, kaedah apa yang gagal, semuanya dikongsikan.Â
Ini memberikan satu harapan kepada pembaca bahawa sebenarnya masih ada jalan untuk mengubah nasib. Walaupun tanpa bergantung harap kepada nasib semata-mata; tiba-tiba menang hadiah atau dapat duit harta pusaka.
Menemukan bahagia yang sederhana ketika menguruskan kewangan. Tidak semestinya kita mesti bergaji besar atau berniaga dengan untung berjuta-juta untuk menjadi bahagia.
Buku ini sesuai buat mereka yang:
- Rasa kecewa, frustrated & disempowered apabila tidak dapat bersedia untuk menjadi dewasa. Khususnya apabila ia melibatkan pengurusan kewangan. Tidak pernah dipelajari di sekolah, mahupun oleh keluarga.Â
- Keliru dengan bahan & advices berkaitan pengurusan kewangan yang ada. Kebanyakan nasihat seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata. Bahkan ada ‘penasihat’ kewangan yang gagal berempati dengan nasib anak muda yang terpaksa berhadapan cabaran ekonomi hari ini.Â
-
Sedar pentingnya kedudukan kewangan yang stabil untuk menjalani kehidupan yang baik. Walaupun duit bukan segalanya, tetapi segalanya lebih mudah dengan adanya duit. Jika masalah kewangan gagal ditangani, ia akan memberi kesan kepada semua aspek kehidupan yang lain.
Objektif buku:
- Belajar untuk memahami cara fikir yang tepat dalam menguruskan kewangan diri/keluarga.Â
- Mengenalpasti kesilapan dan salah faham yang dilakukan apabila mengurus kewangan.
- Belajar memilih dan menentukan kaedah menguruskan kewangan yang paling sesuai dengan diri sendiri; mencipta peraturan kewangan sendiri.
Â
1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.
2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.
3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.
4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.
Polisi Penghantaran:
1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).
2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.
3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.
4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group
Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel
1. Sebarang aduan seperti berikut:
i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce
Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.
Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.
2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.
3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.
PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.