Sold Out
[DEFECT] PENAT: Bagaimana Mengurus Emosi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuhi Alam Dewasa by Dr. Alizi Alias
Categorized As 'DEFECT'
This is a defect product. The condition(s) may be as below:
Defect on the cover (e.g crease, scratch)
Defect on the book spine (e.g dent)
Defect on the pages (e.g spot, uneven, uncut, crease)
But worry not, it is perfectly readable.Â
***
Penulis:Â Dr Alizi Alias
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan:2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459545
Bil. Muka surat: 202m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.25kg
Sinopsis
Berbeza dengan generasi 30 atau 40 tahun lepas, anak muda hari ini sering ‘disogokkan’ dengan kepentingan mempunyai growth mindset, passion dan ketekunan yang tinggi dalam melakukan satu-satu kerja. Mencintai kerja yang dilakukan adalah satu kebanggaan. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan pula adalah satu bentuk jenama peribadi (personal branding).
Walaubagaimanapun, atas beberapa sebab; mungkin kerana keletihan atau hilang motivasi atau mula terasa kerja hanya ibarat rutin atau bermacam faktor lain, menjadikan kita terhenti seketika. Bukan culas, atau mengular atau tidak lagi berminat dengan kerja tersebut. Cuma rasa kosong. Tiada lagi excitement. Tidak happy tetapi bukan juga sedih kemurungan.Â
Perasaan itu berada di tengah-tengah. Tidak se-teruja dahulu, tetapi tidak juga terus meninggalkan kerja tersebut. Walaupun kadangkala rasa malas, tetapi tanggungjawab dan tugasan masih dilaksanakan (dengan separuh hati).Â
Ketika ini, hidup ada kalanya terasa tiada erti; sekadar bekerja untuk mendapatkan pendapatan, membayar komitmen keluarga dan sekali-sekala bercuti.Â
Kesannya, kita cuba mencari keseronokan, excitement & feeling good melalui cheap dopamine. Seperti dari social media dan permainan video yang membekalkan dopamine booster secara mudah dan cepat. Menonton video pendek di tiktok atau instagram memberikan rasa keseronokan pantas, sehingga akhirnya seringkali berjam-jam dihabiskan menghadap telefon pintar. Apabila kembali ke dunia realiti, masalah ‘languishing’ masih ada, tidak hilang dengan cara kita mengalihkan fokus.Â
Pengurusan languishing bermula dengan memberikan nama kepada emosi ini. Meletakkan diri pada posisi yang tepat adalah langkah pertama untuk keluar dari belenggu kelesuan.
Buku ini untuk anda yang::
- Hilang motivasi, tak lagi rasa excited buat kerja hidup rasa stagnant. Sebelum ini, kita adalah seorang yang passion dengan kerja yang kita lakukan, akan berika yang terbaik. Tetapi atas beberapa sebab, kita hilang minat & fokus terhadap perkara tersebut.Â
- Rasa kosong. Tak happy tapi bukan sedih sangat, tak tenang tapi bukanlah murung (depress), rasa marah (khususnya pada diri sendiri) tapi bukan sampai nak mengamuk. Berada di tengah-tengah. Buat kerja dalam keadaan terpaksa kerana mempunyai komitmen (motivasi terbesar).Â
- Sedar diri sedang berada dalam keadaan languishing (walaupun tak tahu istilahnya) kerana terjerat dalam kehidupan tidak produktif (doomscrolling social media, games etc) yang berpanjangan. Berusaha mencari jalan keluar dari masalah tersebut.Â
Objektif Buku:
- Belajar untuk memberikan nama kepada emosi yang sukar. Semakin dalam pengetahuan kita tentang sesuatu masalah, semakin mudah kita menghadapinya.Â
- Mengenalpasti tingkah laku tidak sedar yang sebenarnya mungkin adalah petanda diri sedang berada dalam fasa languishing.
- Belajar mengatasi masalah hilang drive dan passion apabila tiada motivasi.
1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.
2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.
3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.
4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.
Polisi Penghantaran:
1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).
2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.
3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.
4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group
Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel
1. Sebarang aduan seperti berikut:
i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce
Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.
Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.
2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.
3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.
PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.