Siapa Kami - Iman Shoppe

JOM KENALI CEO IMAN

Hai, saya Fatin. Graduan Chemical Engineering di University of Leeds, UK.

Jika orang bertanya; “What do you want to achieve in life?” Saya akan berkata; “Saya mahu menggunakan potensi saya sepenuhnya untuk memberi impak yang terbaik kepada ummah. Itulah yang saya mahukan, dan saya melihat itu wujud pada buku.”

Mungkin ada sesetengah orang yang masih lagi mencari-cari apa potensi dia sebenarnya? Tiada jalan lain, kita mesti keluar dari zon selesa kita. Keluar berjumpa ramai orang, baca banyak buku, dan lakukan pelbagai aktiviti, walaupun akan ada orang yang kecam kita, atau pandang serong pada kita, atau rasa pelik dengan pilihan kita.

Jadi, untuk anda yang masih mencari, keluarlah ke dunia luar dan cuba banyak perkara. Sebab kalau kita tak buat apa-apa, kita tak akan tahu apa yang kita mampu lakukan.

“Because at the end of the day, it is you who live your life”

Fatin Syamimy Liyana

Fatin Syamimy Liyana

CEO IMAN MEDIA

5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI IMAN SHOPPE

1) Bermula pada tahun 2012 secara ‘online’ dan bercita-cita untuk menjadi sebuah jenama kedai buku Islamik kontemporari yang terunggul di Malaysia menjelang 2025! Doakan kami.

2) Pasukan kami bermula dengan 4 orang dan kini sudah membesar bagaikan juara menjadi 9 orang! More to go! InsyaAllah!

3) Background pasukan kami terdiri daripada engineering, business dan syari’ah.

4) Iman Shoppe juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh dunia! (Jangan minta kami hantar ke angkasa lepas sudah!)

5) Iman Shoppe telah membuka mempunyai dua cawangan kedai di Serdang, Selangor dan juga Wangsa Melawati, KL. Pada 27 Disember 2016, cawangan Iman Shoppe di Wangsa Melawati sudah TUTUP.

Cita-cita besar kami ingin membuka cawangan di setiap negeri di Malaysia dan juga di luar negara – London,UK dan Sydney, Australia. Doakan!

Dengan membawa motto, #ObsesikuBuku – kami percaya dengan kuasa membaca buku mampu mengubah dunia!

IMAN SHOPPE : KAFE BUKU ATAU BUTIK BUKU?

Iman Shoppe : Kafe Buku Atau Butik Buku? 

1# Spot Menyentuh Hati

Saya sendiri tak tahu nak klasifikasikan Iman Shoppe sebagai apa. Nak kata kafe buku, tak boleh juga. Kami bukan ada sediakan banyak jenis coffee pun. Tapi apa yang JELAS, salah satu misi Iman Shoppe ialah ‘Menjadi Spot Menyentuh Hati Manusia’.

Ada pernah satu hari, pelanggan datang ke kedai kami. Lama dia membelek satu demi satu buku. Dari buku yang nipis kepada yang tebal. Daripada dia berdiri, duduk atas kerusi sofa, sehingga bersila di atas lantai.

Akhirnya dia bersuara,

Kak kalau saya baru nak berubah jadi baik, buku apa yang sesuai eh?

Waktu itu saya sedar, Iman Shoppe bukan sekadar kedai buku tarbiah semata-mata. Bisnes tanpa jiwa. Kosong tanpa hati. Tapi kami juga perlu menjadi agen pengubah ummah!

“Imanshoppe Your Ultimate Deen Shoppe”

2# Spot Lepak Tarbawi

Bila saya lihat balik kedai baru Iman Shoppe, nak tergelak saya. Dengan warna cat biru air dan putih purple sedikit, Iman Shoppe saling tak tumpah macam Butik Buku!

Kebiasaanya kafe, lebih banyak gunakan warna yang lebih gelap. Seperti warna hitam, warna coklat kayu oak, atau warna-warna yang memudahkan orang berfikir. Tapi bagi saya, Imanshoppe ada identiti lain yang lebih bermakna untuk ummah.

Iman Shoppe mempunyai visi untuk menyediakan ruangan khas untuk sebarang event yang ‘mencerdaskan masyarakat’ boleh dilaksanakan. Kami selalu terbayangkan sesi bedah buku di sudut kedai Iman Shoppe dibuat secara bulanan.

Bila ada pengunjung yang datang, andai ada sesi bedah buku, mereka boleh join sekali jika ada kelapangan. Iman Shoppe kan kedai buku. Sepatutnya kami kena sediakan suasana membaca dalam kedai. Hasilnya…

“Pengunjung datang, mereka baca dengan tenang, mereka beli buku dan pulang dengan hati bahagia. Kenyang dengan makanan intelek dan jiwa!”

3# Spot Baca Buku

Biarlah orang nak kata Iman Shoppe ialah kafe buku. Atau orang kata Iman Shoppe ialah butik buku. Tapi saya tahu Iman Shoppe tetap kedai buku tarbiah. Saya teringat semasa saya belajar di Glasgow, Scotland pada suatu ketika dahulu;

Waktu itu, saya membaca buku bukanlah untuk exam. Saya membaca betul-betul kerana mahukan ilmu. Atau memang nak kata #ObsesikuBuku waktu itu. Saya mengambil masa untuk hadam. Saya tidak tergesa-gesa. Tenang tapi aktif.

“Saya mahu pembaca rehat fizikal, tapi aktif jiwa minda menimba ilmu,”  

Selamat ber#ObsesikuBuku!

Nur Arinah Zainordin

ADA APA DENGAN LOGO?

Iman Shoppe adalah kedai buku yang menjual buku-buku Islamik & Tarbiyah khususnya untuk para da’ie, golongan pemuda pemudi yang mengikuti usrah dan suka membaca buku yang bermanfaat!

Iman Shoppe  ditubuhkan pada tahun 2012 dengan berhasrat untuk menjadi sebuah jenama kedai buku Islamik kontemporari yang terunggul di Malaysia menjelang 2025. Doakan!

Bermula secara kecil-kecilan, kini Iman Shoppe membuat penghantaran  buku hampir ke seluruh dunia dan sudah mempunyai 2 cawangan di Malaysia ; Serdang & Wangsa Melawati.

Kami juga bercita-cita untuk membuka cawangan di setiap negeri di Malaysia dan juga di luar negara – London,UK dan Sydney, Australia.

Maksud disebalik Logo:

Bumbung di atas Iman mengambarkan bumbung masjid.  Dengan hasrat, semua orang yang bekerja dan membeli di kedai Iman Shoppe, insyaAllah hati mereka sentiasa mengingati Allah.