Tafsir Fi Zilal 1 Set - Iman Shoppe

Tafsir Fi Zilal 1 Set

RM 1,300.00

1 in stock

Description

Tafsir Fi Zilalil-Qur’an berbeza dari tafsir-tafsir yang lain apabila Sayyid Qutb menggunakan satu metodologi pentafsiran yang membersihkan pentafsiran al-Quran dari pembicaraan-pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas-nas al-Quran. Di samping itu beliau juga menjauhkan tafsirnya dari menundukkan nas-nas al-Qur’an kepada penemuan-penemuan dan pendapat-pendapat sains yang sering dilakukan oleh orang-orang yang terlalu ghairah untuk mendampingkan pentafsiran al-Qur’an dengan pentafsiran sains, sedangkan sumber kedua-dua tafsir itu adalah berlainan iaitu al-Qur’an bersumberkan wahyu dari Allah pencipta yang mengetahui segala sesuatu sementara sains bersumberkan intelektual manusia yang tidak syumul, tidak mantap dan sering berubah-ubah. Beliau telah menyifatkan perbahasan-perbahasan sampingan itu sebagai campur aduk yang merosakkan jalan penyampaian al-Qur’an yang indah, lurus dan jelas.

Additional information

Weight 11 kg