#Luahan - Iman Shoppe

#Luahan

RM 25.00

6 in stock

Category:

Description

Buku ini merupakan kompilasi luahan-luahan berkenaan saudara kita tak kira di mana kita berada .
Mengisahkan pelbagai pengalaman luahan dan pengalaman yang berkait dengan ikatan sesaudara islam . Serta perasaan ukhuwwah islamiyyah yang terasa apabila saudara kita disakiti , Inilah Luahan kami !

Luahan ini dihidangkan tidak lain tidak bukan adalah sebagai salah satu usaha memantapkan hati pembaca untuk menyakini kebenaran jalan islam ini , bahawa kita ibarat satu badan apabila sakit salah satu anggotanya maka demam lah seluruh tubuh badan !

Para penulisnya adalah di kalangan para pemuda pelbagai lapisan umur yang menghirup udara tarbiah dari pelbagai latar belakang. Luahan mereka merupakan luahan untuk saudara kita di palestin , di syria , di mesir , di rohingnya , Africa , Iraq , Iran , Sri Lanka , luahan khusus untuk saya , untuk kita , untuk ummah . Maka dengari lah ,kerana kita sesaudara islam !

Semoga luahan mereka atas dasar ukhuwwah islamiyyah di bawah naungan dakwah dan tarbiah lebih menguatkan setiap langkah dan semakin yakin dengan janji Allah.

“Tidak beriman seseorang sehinggalah ia mencintai saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri.” 
( Riwayat Al-Bukhari no.13 , Muslim no.45 dan Ahmad no.18076. )

“Aku #luahkan supaya kau dapat rasa apa yang aku rasa.”

———————————————————–

-Buku #LUAHAN adalah sebuah buku keluaran AQSA SYARIF cawangan Mesir .
 

Additional information

Weight 0.32 kg