Kisah-kisah Melawan Dalam Al-Quran

RM 25.00

Description

Judul : Kisah-kisah Melawan Dalam Al-Quran
Penulis : Khairul Hakimin Muhammad
Penerbit : Thukul Cetak
Halaman : 137 hal.

Seperti Ibrahim, anak-anak muda harus sedar bahawa tidak semua perkara turuntemurun yang diajar dan diatanam moyang kita adalah betul. Pada sesetengah hal itu merupakan kesesatan dan salah faham yang nyata sehingga mengenepikan keimanan kepada Tuhan Yang Satu. Memberanikan diri untuk berdepan dengan persoalan-persoalan yang datang dari dalam diri sendiri serta menyatakannya di hadapan orang yang berkait memerlukan satu jiwa yang cukup bersar dan berani.

Selaku anak muda, di fkirannya terkandung beribu persoalan yang memerlukan jawapan agar menjadi kunci kepada kehidupan seterusnya. Hadapilah ia seperti mana jujurnya Ibrahim bertanya kepada ayahnya. Persiapkan diri bukan semata dengan soalan, bahkan pendapat-pendapat yang kita yakini ia betul dan kita awalnya sudah renungi sebelu menuturkannya.

Additional information

Weight 0.12 kg