Islam Bukan Agama Teroris

RM 25.00

Categories: , ,

Description

Author: Mujahid Yusof Rawa
Page : 152 pp.

Islam Bukan Agama Teroris: Islamfobia, Pertembungan Budaya dan Perang Global Terhadap Keganasan

Peperangan terhadap keganasan atau GWoT – Global War on Terrorism – adalah realiti dunia hari ini dan dunia Islam diheret dalam kancah ini kerana kebanyakan yang dikatakan pengganas adalah dari kalangan umat Islam. Walaupun pengganas bukan merupakan arus perdana dalam dunia Islam tetapi agama Islam terpalit kerana sebahagian penganutnya menjadikan nama Islam sebagai tapak pelancarannya.

Buku ini cuba meneroka sejauhmana isu keganasan mempunyai kepelbagaian makna kepada berbagai-bagai pihak termasuk para pengganas yang mendakwa perjuangannya adalah menentang keganasan negara yang menjajah. Wacana yang dibentangkan dalam buku ini juga cuba menjawab bagaimana Islam diheret dalam kancah ini dan apakah premis teori yang melatari serangan ke atas Islam dalam era GWoT hari ini. Naratif Islam sebagai agama kedamaian dicabar dan buku ini cuba membawa naratif balas dengan membawa asas dan intipati Islam yang anti-keganasan dan agama kedamaian.

Additional information

Weight 0.22 kg