Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan

RM 30.00

*FREE BOOKMARK

Description

Novel kedua bagi siri Hikayat Satria-Satria Sejati ini akan menyaksikan pengembaraan yang lebih mencabar bagi Ariki dan sahabat-sahabatnya.
.
Ishmakil masih tidak pulang selepas enam bulan, menyebabkan Ariki dan sahabat-sahabatnya terpaksa keluar mencari Satria Sejati itu. Pengembaraan itu membawa mereka ke Mastazadi, sebuah negara yang dipimpin oleh seorang budak. Konflik demi konflik kemudiannya muncul memberikan ancaman kepada misi mereka.

Projek Lutello di Masjid Al-Aqsa pula diganggu oleh sekumpulan pemberontak, sehingga menyebabkan Maharaja Agung Mukan’Aja itu terpaksa turun ke sana untuk menyelesaikan konflik tersebut, tanpa menyedari ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku. Ashwadi, Wirawan Muda Mukan’Aja pula masih rasa terhina dek kegagalannya di Wagangada enam bulan yang lalu, lantas meninggalkan tugasnya tanpa perkenan Lutello untuk memburu Ariki dan sahabat-sahabatnya.

Perjalanan kali ini penuh dengan pelbagai konflik dan pertarungan epik. Apakah Ariki akan berjaya menjumpai Ishmakil? Bagaimana pula dengan perjuangannya untuk menumbangkan kezaliman Lutello.

Additional information

Weight 0.5 kg

You may also like…