Sale!

Air Mata Cinta Pembersih Dosa

RM 25.00 RM 20.00

Penulis: Ibnu al-Jawzi

Description

Buat apa mengejar harta dan kuasa bila segalanya bakal kita tinggalkan? Di liang nanti kau bakal bersendirian, tiada para insan tersayang yang bakal menemanimu, maka mengapa harus memberi perhatian berlebihan? Sampai bila engkau tak punya hubungan mesra dengan Allah? Sampai bila engkau terlena oleh kelapangan dan lalai akan serangan ajal? Buku ini mengingatkan kita betapa sementara hidup di dunia. Padahal, kesementaraan ini menentukan jawapan kepada perjalanan hidup kita; redha Allah atau murka-Nya.

Nukilan ulama klasik ternama ini menyapa setiap hamba yang berniat meninggalkan maksiat dan dosa. Ia mengajak siapa saja yang merasa punya catatan amal penuh noda untuk membersihkannya
dengan air mata. Banyak kisah tentang para sahabat Nabi, para wali berserta ayat, hadis dan syair disajikan agar kesedaran untuk bertaubat kian menebal dalam diri. Kisah-kisah itu menceritakan pelbagai pengalaman, kesedaran dan keinsafan yang boleh kita teladani atau pelajari dalam menjadi hamba yang bertaubat.
Bertaubat adalah jalan tercepat mendekati Allah. Dan, uniknya, pertaubatan yang hendak disampaikan Ibnu al-Jawzi kepada Anda bukan semata-mata pertaubatan setelah mengumpulkan dosa, tetapi sebentuk pembiasaan diri meraih pengampunan dengan melakukan pelbagai amalan di tengah keheningan malam.

Additional information

Weight 0.5 kg