65 Gambaran Kehidupan Sahabat (Jilid 1)

RM 15.00

Out of stock

Description

Oleh: Dr Abdul Rahman Ra’fat al-Basha

Buku ini membicarakan kisah sekumpulan manusia agung yang yang dipetik daripada realiti sejarah dan bukannya khayalan penulis yang direka-reka. Ia memaparkan gambaran kehidupan para Sahabat yang merupakan bintang petunjuk dan pembimbing manusia. Mereka adalah suri teladan yang pernah hidup di bawah didikan Rasulullah S.A.W.. Mereka merupakan implementasi kepada risalah Baginda yang menggabungkan keimanan, keilmuan dan praktik amal.

Dengan itu, buku ini mengandungi nilai-nilai murni yang bersumberkan akidah dan kefahaman Islam. Ia juga mengandungi saranan yang menarik dan pengajaran yang bermanfaat dalam bentuk penceritaan dan karya kreatif sastera.

Diharap buku ini dapat memenuhi citarasa remaja yang sering tercari-cari role model yang ingin mereka contohi. Mereka kini terkepung oleh media massa dengan perbualan tidak berkesudahan tentang para artis, atlet, tokoh korporat, politik dan lain-lain. Dan tiada tempat bagi tokoh pejuang yang telah berkorban jiwa raganya demi menegakkan kebenaran, keadilan dan membimbing umatnya kepada kebaikan dan kejayaan. Di sini letaknya kepentingan usaha memperkenalkan tokoh-tokoh agung Islam kepada golongan remaja dan anak-anak.

Namun begitu, buku ini masih menjanjikan kepusan kepada semua golongan pembaca tanpa mengira tahap umur dan keintelektualannya.

Additional information

Weight 0.3 kg