37 Kisah Kehidupan Tabi’in Jilid 2

RM 12.00

Categories: , ,

Description

Penulis: Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
 
Buku ini menceritakan kisah sebenar kehidupan sebahagian pemuka tabi’in. Zaman mereka adalah zaman yang hampir dengan kenabian & mereka berpeluang mendapat didikan langsung daripada generasi sahabat yang keluar daripada madrasah Rasulullah s.a.w dengan jayanya.  
Kebanyakan daripada nama-nama para tabi’in jarang kita dengari, atas ketawadhu’an mereka dan mereka pula tidak menyukai gelar-gelar yang tinggi-tinggi. Jilid 1 menghidangkan para pembaca dengan nama-nama seperti Abdur Rahman Al-Ghafiqi, satu-satunya jiwa yang pernah menemui Saidina Umar r.a di negeri Andalus, Abu Hanifah Al-Nu’man, seorang peniaga yang sangat pemurah di zamannya, Abu Muslim Al-Khaulani yang telah mencapai puncak makrifatullah yang tinggi, Al-Ahnaf bin Qais yang badannya kecil, dagunya senget, giginya tidak teratur, tetapi keberaniannya menggugat khalifah ketika masanya, dan banyak lagi. 
Jilid kedua pula menceritakan kisah-kisah tabi’in seperti Rabi’ah Ar-Ra’yi yang bertumbuh membesar menjadi ulama’ yang mulia, Salamah bin Dinar yang pernah menasihati amirul mukminin tanpa putus katanya, Sa’id bin Jubair yang menyebut-nyebut ayat Al-Qur’an dengan tangisan seolah-olah ajalnya telah tiba, Salim bin Abdullah cucunya Saidina Umar Al-Khattab dan banyak lagi kisah-kisah tabi’in yang lain.

Additional information

Weight 0.22 kg