Kami akan kongsi satu kenyataan dengan awak semua yang sangat pahit untuk ditelan.

Majoriti wanita di Malaysia, khususnya yang Muslim cenderung untuk bersikap malu-malu tak kena tempat, tiada self-esteem dan terlalu segan nak ke hadapan.

Sama ada nature wanita Melayu memang sejak azali begitu atau adakah Islam sendiri yang mengongkong wanita daripada mempunyai keyakinan diri?

Jawapannya pastilah tidak. Bahkan Islam sejak lebih 1400 tahun yang lalu telah membuka peluang sama sahaja bagi lelaki mahupun wanita untuk mengecapi nikmat tertinggi di syurga kelak. Tidak kira peranan apa sekalipun yang dimainkan oleh seorang wanita. Baik seorang isteri, ibu, ilmuwan, malah pemimpin.

Aisyah binti Abu Bakar contohnya, menjadi seorang isteri tidak pernah menghalang dirinya daripada berkhidmat kepada masyarakat sebagai cendekiawan wanita yang mewariskan banyak hadis dan perihal agama daripada baginda Rasulullah SAW.

Ingatlah, Allah sendiri telah memuliakan kita manusia tanpa membezakan jantina, kita semua mempunyai potensi untuk dibangunkan demi manfaat umat sejagat.

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. (Al-Israa’ 17:70)

Berikut beberapa tips untuk menambah keyakinan diri terutama anda sebagai seorang Muslimah.

1) Sampai bila nak malu?

Bagi seorang wanita, sekiranya dari awal lagi minda kita telah disogokkan dengan ketidakmampuan untuk menyempurnakan satu-satu tugas, memang kita tak akan boleh buat sampai ke sudah. Percayalah. Sekalipun tugasan itu secara relatifnya adalah mudah.

Contohnya anda sebagai seorang pelajar, diminta membuat pembentangan projek berkumpulan, tetapi anda menolak untuk menjadi pembentang semata-mata kerana anda rasakan diri anda tidak mampu bercakap di khalayak ramai.

Cuba fikirkan, dalam khalayak seramai 20 ke 30 orang saja anda tidak berani untuk bercakap, bagaimana dengan khalayak yang lebih besar?

.

2) Ikut cakap orang semua tak jadi

Kadang-kadang, timbul dalam perasaan untuk cuba redah dan pecahkan tembok malu untuk ke hadapan.

Tapi masa tu juga datang suara-suara negatif, tak kira dari orang lain ataupun suara hati sendiri. Kalau salah cakap macam mana, kalau orang gelak macam mana dan seribu satu alasan lagi yang tercipta.

Cara untuk atasi masalah ni mudah. Cuba fikirkan, apakah perkara yang paling buruk yang akan berlaku, sekalipun kita tersalah cakap, atau orang gelakkan? “What is the worst thing that can happen to me?”

.

3) Selagi tak buat kita takkan tahu

Kita selalu rasa selesa dalam comfort zone kita. Ada satu benda yang kita dan expert, kita cenderung untuk terus fokus dengan benda tu dan tak rasa nak cuba benda lain pula.

Contohnya, sebagai ketua pengurus pemasaran, anda selesa untuk terus berada dalam dunia pemasaran tanpa ada cubaan untuk mengintai peluang dalam department lain. Ini boleh jadi kerana anda rasakan anda sudah menjadi seorang yang pakar dalam pemasaran, untuk apa bersusah payah perlu belajar dari bawah tentang perkara lain.

Ingat, boleh jadi perkara baru yang anda cuba itu rupa-rupanya lebih anda minat dan mahir daripada perkara yang anda terbiasa buat. Jadi cuba dulu lepas tu baru nilai semula. Ingat balik tips kedua.

.

4) Doa istimewa

Perkuatkan tekad dengan doa yang berterusan.

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku.” (Taha 20:25-28)

Istimewanya doa ini kerana ia merupakan doa seorang Nabi yang sedang berhadapan dengan Raja zalim yang maha jahat. Doa Nabi Musa sebelum bertemu Firaun.

Semoga dengan melazimkan bacaan doa ini, anda diberi kekuatan oleh Allah untuk menjadi Muslimah yang lebih berani dan berkeyakinan diri.

.

5) Banyakkan membaca kisah inspirasi wanita hebat

Membaca akan memberikan satu perasaan yang sukar digambarkan. Lebih-lebih lagi jika buku itu secara tak langsung seperti bercerita mengenai kisah hidup kita. Oleh itu carilah buku-buku yang boleh memberikan inspirasi.

Rasanya semua wanita boleh relate dengan cerita-cerita dalam buku Tales of Mothers. Kerana semua cerita di dalamnya adalah kisah benar. Kisah perjuangan wanita dalam kehidupan seharian. Ia bukan cerita dogeng atau rekaan.

5 tips ini diharapkan dapat memberikan sedikit gambaran bagaiamana untuk meningkatkan keyakinan diri seterusnya mencipta kejayaan.

Sekiranya anda mempunyai tips dan cadangan untuk menambah keyakinan diri, sila kongsikan bersama kami.

.

.

.

Dapatkan koleksi buku terbitan Iman Publication di kedai Imanshoppe, Serdang atau online dengan klik banner di bawah: