.

Jika hobi ditakrifkan sebagai aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang, para pendakwah atau da’ie adalah antara golongan yang ‘diharamkan’ menjadikan membaca sebagai hobi. Ini kerana bagi da’ie, membaca seharusnya menjadi salah satu rutin harian yang tidak boleh ditinggalkan.

Adalah satu kewajipan bagi setiap daie untuk memperuntukkan masa setiap hari untuk membaca. Kerana membaca, mengasah minda dan membentuk jiwa para pendakwah agar lebih bersedia berhadapan dengan masyarakat.

Kita tidak mahu golongan pendakwah yang jahil isu semasa, dan yang tidak tahu ilmu sains sosial. Jika perkara ini berlaku, interaksi dakwah antara golongan pendakwah dan masyarakat akan menjadi kering dan tidak berada dalam nuasa tarbiyah yang harmoni. Akhirnya muncullah pendakwah yang hanya pandai menghukum berdosa pada mereka yang dilihat bersalah pada pandangan zahir para pendakwah.

Pendakwah yang menjadi penghukum adalah pendakwah yang sangat sikit membaca. Berhati-hatilah agar tidak tergolong daripada pendakwah sebegini.

Bagi sebahagian pendakwah yang juga berceramah di masjid ataupun di mana-mana tempat awam, ada tanggungjawab yang lebih berat buat mereka. Dan sudah pasti, pembacaan mereka harus lebih banyak dan pelbagai.

Apabila menyentuh bab bahan bacaan, para daie perlu membaca bahan yang lebih mencapah. Selain ilmu asasi untuk menjadi seorang daie, mereka juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu sains sosial.

Pendakwah yang lengkap serba serbi ilmunya akan lebih dipandang tinggi oleh masyarakat dan lebih mudah diterima kerana kredibiliti mereka.

Sehubungan dengan itu, sangat lazim kita melihat pendakwah-pendakwah tersohor yang mewujudkan satu ruang dalam rumah mereka sebagai sebuah perpustakaan mini. Bagi sebahagian besar mereka, di dalam rumah, perpustakaan peribadi adalah ruang yang paling utama dalam keluarga mereka.

Mungkin berbeza bagi kita yang kebanyakannya lebih gemar berkumpul sekeluarga menonton televisyen.

Bahkan, dari sudut nilai wang pula, buku-buku yang tersusun rapi dalam perpustakaan peribadi itu mungkin sahaja mencecah ribuan malah puluhan ribu ringgit. Dari nilai ini kita dapat melihat betapa mereka sanggup berhabis wang untuk buku dan ilmu.

Nilai sebuah buku adalah jauh lebih mahal daripada harga yang kita beli. Jadi tidak rugi sebenarnya jika berhabis duit untuk membeli buku.

Oleh itu, bersempena Pesta Buku Tarbiah yang sedang berlangsung sehingga 30 April ini, pendakwah seharusnya mengambil peluang untuk mencari bahan bacaan yang sesuai dan pastinya lebih murah berbanding harga di luar.

Imanshoppe, sebuah hub buku dakwah dan tarbiah juga tidak ketinggalan memberikan promosi terbaik sepanjang PBAKL berlangsung. Malah hampir 300 judul buku yang bertemakan dakwah dan tarbiyah dijual pada harga 90% diskaun daripada harga asal!

Peluang ini mungkin tidak akan berulang lagi, jadi gunakan masa dan wang sebaiknya ketika  berada di PBAKL. Pastian setiap ringgit yang dikeluarkan untuk membeli buku itu berbaloi.

.

.