Pernah tertanya-tanya, kenapa la sesetengah orang tidak suka (alergi) membaca?

Sebenarnya ada banyak faktor, tapi kami boleh simpulkan dalam 5 poin yang ringkas:

  1. Kita alergi membaca kerana kita enggan membaca & memahami isi kandungan Al-Quran Al-Karim, juga kerana tidak mengamalkan ajaran Rasulullah s.a.w.

Padahal kedua-dua unsur ini merupakan unsur terpenting dalam mendorong seseorang untuk sentiasa membaca & belajar.

Sudah cukup bagi kita dengan perintah & motivasi firma Allah SWT yang berbunyi, “Bacalah!”

  1. Lemahnya sistem pendidikan dan pembelajaran dalam dunia Islam

Maksud di sini adalah sistem pendidikan yang biasanya lebih berpegang pada prinsip melafazkan dan menghafal. Akhirnya, membuat kebanyakan murid malas membaca dan menulis.

Disebabkan kebencian mereka pada buku pelajaran dan kurikulum lebih tertanam dalam diri mereka. Yang selalu diwariskan oleh senior mereka.

Budaya membaca ini makin lama telah hilang dari rumah dan di sekolah-sekolah kita.

  1.  Hiburan Media vs. Buku

Persaingan antara hiburan media dengan buku, khususnya media elektronik seperti TV & juga Radio.

Kehadiran hiburan baru dalam bentuk online streaming seperti iflix atau Netflix pun berlumba-lumba menyajikan pelbagai program hiburan & menarik minat kita.

Pada masa yang sama, jarang kita melihat program-program di TV atau online streaming yang mendidik, bagus pada yang sama menarik minat.

  1. Kecewa & Putus Asa

Sebahagian pemuda ada yang tertanya-tanya “Apa yang kita akan dapat daripada membaca?”

“Kalau baca, kita boleh cipta senjata untuk berperang di ruang angkasa?”

“Adakah dengan membaca, keganasan kaum Zionis Yahudi akan terhenti?”

“Apakah dengan membaca, masalah pengangguran dapat diselesaikan?”

Inilah di antara serangan kebudayaan yang dikempen oleh orang Barat daripada dulu lagi untuk mematikan pemikiran dan peradaban umat Islam ini, dan juga hilangnya roh motivasi.

  1. Tak Cukap Masa

Di dalam buku Datuk Dr. Daud Bakar “Saya ada 25 Jam Sehari”, beliau menekankan mengenai isu pengurusan masa.

“Read harder and read faster”

Apabila seseorang itu dapat mengurus waktunya dengan baik, menyusun urusan harian dengan rapi dan teratur sepatutnya alasan “saya tidak cukup masa untuk membaca” adalah tidak logik!

 

=========================

Jadi bagaimana nak menyelesaikan isu alergi membaca ini? Terutama di kalangan pemuda-pemuda di masyarakat kita.

  • Baca Buku yang Betul

Jika anda ingin menimbulkan semula minat seseorang untuk membaca, berikan hadiah kepada kawan atau diri sendiri, buku yang ringan dan senang difahami kepada mereka.

Kami cadangkan sebagai permulaan baca buku seperti Kanvas oleh MuharikahWor[l]d oleh Mato atau buku-buku quote menarik ini;

 

 

 

 

 

 

p/s: Tolonglah jangan cadangkan buku 99 Kata-Kata Fattah Amin…

  • Cari Genre Buku Kegemaran

Jangan samakan buku-buku pembelajaran di sekolah dengan buku-buku lain di luar sana, ok! Ada banyak jenis atau genre buku yang anda boleh terokai. Cari genre/jenis kegemaran anda.

Adakah anda jenis yang suka baca buku fiction atau non-fiction? Kalau tak suka sesuatu buku, it’s ok. Move on dan cari buku lain. Jika anda suka baca buku fiction, teruskan.

Yang penting, kekalkan momentum membaca anda.

  • Explore Genre Buku Lain

Anda sudah mula minat kembali membaca buku. Anda suka singgah kedai buku setiap kali pergi ke Shopping Mall. Bila tengok orang baca buku di tempat yang random yet made sense seperti di dalam kereta api KTM, anda rasa excited!

Jadi sangat penting untuk kita sentiasa explore dan meluaskan genre buku anda. Jangan berhenti baca satu jenis genre buku sahaja.

Never stop exploring!

Jika anda ada idea lain bagaimana nak menyelesaikan isu alergi membaca di kalangan masyarakat kita ni, kongsikan di ruangan komen di bawah!

==============================

Rujukan – Spiritual Reading: Hidup Lebih Bermakna Dengan Membaca

 

 

 

 

 

My passions are da’wah, business, travel & photography.

Connect with me on Twitter & Instagram.