Siapa sangka, mimpi yang mustahil menjadi realiti pada hari Sabtu lepas di Konvensyen Buku Hijrah 2017 di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Seperti Inche Gabbana kongsikan pada sesi Hijrah Talk beliau,

“Umar mengajar kita bermimpi meskipun seperti mustahil untuk digapai.”

Semuanya bermula pada awal tahun 2016, titik permulaan kami sebagai Hijrah Indie. Masihkah anda ingat? Kami bersetuju untuk mendirikan masjid eh booth bersama-sama di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ketika itu, fenomena plastik oren diperkenalkan.

5 syarikat menjadi satu. Hijrah Indie. Merai Diversiti.

Ahh…kenangan manis.

2 tahun berlalu dan kami perasan salah satu kekurangan apabila di booth Hijrah Indie semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, ruang perjumpaan di antara pembaca dan penulis selalu menjadi masalah sama ada kerana ruang yang sangat sempit atau masa yang tidak cukup.

Dari situlah idea Konvesyen Buku Hijrah atau #KonBH2017 dilahirkan. Pembaca dan Penulis. Inilah asas konvensyen ini. Dimana Pembaca & Penulis Bertemu & Berdiskusi.

Walaupun kami menghadapi beberapa halangan seperti pertukaran tempat pada saat-saat terakhir, kami tahu kami harus teruskan juga konvensyen ini. Semua untuk anda, pembaca.

Majlis bermula dengan katap-kata pembukaan oleh saudara Hilal Asyraf yang merupakan CEO Hijrah Indie. Beliau bermula dengan pertanyaan mengapa kita membaca? Apakah kepentingannya? Adakah sekadar hobi? Atau adakah sebab buku itu tular di media sosial?

“Iqra yang Allah maksudkan ialah membaca kerana mahu mencari kebenaran – Hilal Asyraf

Hilal Asyraf juga turut kongsikan bahawa, “Tanggungjawab mendidik ini juga tanggungjawab masyarakat bersama (bukan ibu bapa dan guru sahaja).”

Selepas sesi pembukaan, kita ada sesi diskusi bersama barisan panel yang begitu mantap sekali. Kami sendiri pun tak jangka walaupun dengan jadual mereka yang sangat padat, mereka sanggup meluangkan masa dengan kita semua. Antaranya adalah:

1. Datuk Dr. Daud Bakar  yang merupakan penulis buku ‘I Have 25 Hours a Day‘, Pengerusi Eksekutif Amanie Group, dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara.

Terlalu banyak mutiara kata-kata yang dikongsikan oleh Datuk Dr. Daud Bakar. Geram sangat! Maka kami kumpulkan beberapa quote menarik dari beliau;

“Syari’ah ialah ilmu yang merangkumi ilmu wahyu dan ilmu dunia. Orang yang belajar bidang agama seperti tasawuf, tidak boleh tinggalkan ilmu dunia yang lain. Syari’ah ialah ilmu kehidupan,”

“Adakah beberapa jam dalam kuliah itu sahaja masa kita peruntukkan untuk urusan keilmuan kita? Jarang pergi perpustakaan, jarang menelaah ilmu luar lain dari kuliah. Itu bukan sikap seorang pelajar.”

“It’s not about time management, it’s about your management of yourself”

“Penulis kena cakna dengan apa yang diperlukan masyarakat dan bagaimana agenda besar kita boleh sampai kepada masyarakat.”

“Kena sampaikan ilmu syari’ah dengan cara yang manusiawi. Memanusiakan syari’ah dan mensyari’ahkan manusia.”

“Budaya membaca ialah satu tanggungjawab dan kewajipan sebenarnya untuk kita, bukan lagi pilihan-pilihan boleh ditinggalkan. Jika tidak wajib secara hakiki pun ia sangat hampir wajib, sebab tidak membaca akan membuka pintu kejahilan.”

Bila baca kata-kata dari Datuk Dr. Daud Bakar ni, ada rasa apa-apa tak?

Rasa macam…

2. Ustazah Fatimah Syarha yang merupakan penulis buku best-seller seperti Cinta High Class dan Tautan Hati. Beli juga merupakan kolumnis, editor dan pengarah urusan untuk syarikat Sebarkan Bahagia Sdn. Bhd.

Ustazah berkongsi tentang apa yang memotivasikan ustazah untuk terus menulis hingga hari ini.

Jika anda ingin atau seorang penulis, quote berikut adalah untuk anda!

“Cita-cita dan impian ini bukan benda kecil, ia mampu menghidupkan ummat”

“Saya menulis kerana mahu perbaiki diri sendiri”

“Kerja penulis ini bukan menulis sahaja, tetapi juga faham firman Tuhan untuk disampaikan kepada ummat. (Firman Allah) kata-kata apa lagi yang lebih baik selain dari kata-kata yang mengingatkan kepada Allah?”

“Saya menulis bukan sebab nak cetak buku sahaja, tetapi hendak mencetak (mendidik) manusia.”

3. Dan barisan panel terakhir kita adalah satu seorang pengasas Hijrah Indie, iaitu Muharikah aka Dr. Aisyah!

Antara soalan yang dilontarkan kepada Muharikah adalah, “Sebagai pengasas Iman Shoppe & Iman Publication, apa yang mendorong Dr. untuk membangunkan syarikat buku sedangkan Dr. sendiri dah ada kerjaya seorang Dr?”.

Antara jawapan yang dikongsikan oleh beliau,

“Buku ialah antara yang telah banyak menyatukan ramai antara kita.”

“Dengan bukulah kita dapat mencambah pemikiran kita dengan lebih tajam. Orang berjaya di dunia ini spt Bill Gates, Mark Zuckerberg, Elon Musk, mereka ialah orang yg banyak baca buku.”

Mesti ada tertanya-tanya, bagaimana beliau ada masa buat benda-benda ni semua?

“Jika kita ada vision besar nak menyumbang kpd pembangunan negara melalui buku, kita kena korbankan banyak masa rehat dan tidur”

“Bila kita ada multiple passion sebenarnya Allah bagi ruang untuk kita multiple ruang amal kita.”

“When you realize your dream is so big, you have to push yourself walaupun orang kata; ‘maigad your dream is crazy!’”

Bagi sesiapa yang ingin mendengar sesi diskusi ini secara keseluruhan, boleh tengok video FB Live di Page Hijrah Indie:

Selepas berehat untuk solat Zuhur, makan tengahari, membeli-belah buku, dan melihat persembahan yang begitu semangat dari kumpulan Rabithah, kita sambung dengan sesi petang iaitu sesi Hijrah Talk.

Hijrah Talk ni ala-ala TedTalk gitu. Setiap penyampai akan bercakap dalam 15 minit dengan membawa tema;

Membaca & Impak Kepada Masyarakat oleh Dr. Fadh Razy, Ustaz Adnin, Norhafsah, Inche Gabbana & Cikgu Rahayu.

Hijrah Talk bermula dengan penyampaian dari Dr. Fadh Razy, yang merupakan penulis untuk 50 BUAH BUKU! Dr Fahd juga menulis puisi, cerpe, skrip teater dan salah seorang pegasas Grup Karyawan Luar Negara (GKLN).

Beliau kongsikan bahawa, “Syarat pertama nak jadi penulis ialah anda perlu tahan dikritik.”

“Bila anda terbitkan buku pertama secara tak langsung anda kata, ‘Kritiklah saya.’”

Sebagai penulis sastera, Dr Fahd membawa persoalan;

Apa itu sastera?

Sastera itu merentas zaman, penerbit, penulis dan genre. Setiap karya ada unsur sastera, sama ada tinggi atau rendah sahaja.

Setiap penerbit buku ada nilai sastera mereka tersendiri dalam buku-buku mereka.

Tiga unsur dalam sastera Islam; al-Haqq (kebenaran), al-Khair (kebaikan) dan al-Jamal (kecantikan).

Penyampai seterunya adalah Cikgu Rahayu Baharin yang merupakan co-founder Buku Jalanan Chow Kit.

Buku Jalanan Chow Kit mengadakan kelas Matematik dan Bahasa Inggeris setiap minggu.

Cikgu Rahayu bercerita lagi tentang visi Buku Jalanan Chow Kit, “Kita bukan nak ajar sangat anak-anak ini, tapi kita nak create suasana itu untuk mereka.”

“Reader is a nicer person in the world.” Orang yang membaca itu sepatutnya lebih baik orangnya.

Membaca adalah satu cara hidup. Membaca satu buku sebulan adalah sangat boleh dibuat. Tak semestinya perlu membaca buku yang memberi impak besar dalam hidup anda.

“Just read what you like!”

Bagaimana membaca dapat membina jiwa kemanusiaan?

  1. Sang pembaca lebih sifat empatinya.
  2. Pandangan alam yang lebih luas. Kita ‘pergi’ banyak tempat, ‘jumpa’ ramai orang dengan membaca.
  3. Memahami dan terbuka.
  4. Lebih bertimbang rasa.

“Apa guna kita banyak membaca tapi membenci segala-galanya?”

Hati pembaca itu romantik dan penuh dengan kasih sayang.

Selepas selesai perkongsian dari Cikgu Rahayu, saat yang dinanti-nantikan.

Kemunculan Inche Gabbana yang pertama di khayalak ramai!

Walaupun, berita istimewa ini hanyalah untuk mereka yang hadir di #KonBH2017 sahaja. Inche Gabbana masih minta gambar beliau tidak dikongsikan di media sosial dan nama sebenar beliau masih menjadi misteri.

Bagi sesiapa yang membaca tulisan Inche Gabbana, boleh tahu dengan gaya penyampaian beliau seperti beliau bercakap kepada kita.

Berita baik! Inche Gabbana telah membuat thread di Twitter beliau berkenaan perkongsian beliau di Hijrah Talk. Boleh baca di Twitter beliau:

Demi memenuhi permintaan, ini ialah bebenang tentang intipati perkongsian saya semasa yang lepas. 🙃

Seterusnya adalah Puan Norhafsah Hamid! Beliau merupakan penulis buku Trying to be Muslim, Back to Basics and Heaven Sent. Dan buku terbaru beliau, Calling Me Softly yang boleh dapatkan di Iman Shoppe.

Pn. Norhafsah mulakan perkongsian beliau dengan,

The secret to be good writer is…IQRA.

Pn. Norhafsah banyak berkongsi tentang bagaimana menulis buku yang berkualiti.

“If you write, make sure the intention is right. and when you write, write it from your heart.”

“Don’t do it for the money, do it because you want to share the experience and do it from your heart.”

Dan bagaimana untuk jatuh cinta dengan buku?

“Always carry a book with you wherever you go. Second, don’t forget to share what you learn.”

Sesi Hijrah Talk kemudian ditutup dengan pengasas Tarbiah Sentap, Ustaz Adnin Roslan. Beliau berkongsikan tentang “Mengapa Kita Kena Membaca Buku?”

Bagi sesiapa yang ingin mendengar sesi diskusi ini secara keseluruhan, boleh tengok video FB Live di Page Hijrah Indie:

—-

Selain sesi Diskusi dan Hijrah Talk, terdapat sesi Peluncuran Buku oleh Iman Publication dengan buku terbaru mereka bertajuk Hiatus yang ditulis oleh Budak Tomato.

Kemudian buku Ghostpital yang ditulis oleh Dr. Kamarul Ariffin, terbitan Whitecoat. Dr. Kamarul cakap ini bukan buku hantu. Walaupun huruf G & T tiada di muka depan buku tersebut. Nak tahu buku ini kisah apa? Nantikan di kedai buku terdekat anda!

Selain itu, terdapat juga buku Hero yang diterbit semula oleh Hilal Asyraf dengan penambaikan dan penambahan dari versi yang lepas. Hilal Asyraf menceritakan bahawa watak-watak di dalam buku-buku beliau semua saling berkait seakan-akan berada di dalam universe yang sama.

Sounds familiar? Ya, seperti MCU (Marvel Cinematic Universe).  Watak-watak di dalam komik kemudia dijadikan filem seperti Iron Man, Spider-Man, The Avengersdan lain-lain.

Kita doakan buku-buku Hilal Asyraf  dapat dijadikan sebagai filem pada suatu hari nanti!

Peluncuran buku terakhir sekali adalah dari Ustaz Adnin Roslan dengan buku terbaru beliau, Surat Untuk Orang Yang Putus Cinta yang sudah mendapat tempat ke-2 di MPH selepas seminggu baru masuk. Ustaz berkongsikan tentang betapa ummah sekarang ini sedang tenat dan berada di dalam keadaan yang parah. Jadi Ustaz Adnin berharap buku ini dapat membantu keadaan ummah yang tengah parah ini.

In the end of the day, apakah harapan kami dari #KonBH2017 ini?

Adakah sekadar ingin mempromosikan buku-buku terbaru dari Hijrah Indie?

Atau ingin mempromosikan budaya membaca di kalangan anak-anak muda yang lebih suka membaca di alam maya seperti Facebook atau media sosial berbanding buku?

Facebook atau media sosial menghidangkan postings yang pelbagai genre, pelbagai topik yang muncul sekejap di sana, sekejap di sini di newsfeed.

Pemberian maklumat dan info yang sering membuatkan kita overwhelmed. Ditambah dengan distraction lain di newsfeed dan ruangan komen. Harmoninya tidak ada tetapi kita tetap scroll dan scroll tanpa tumpuan.

Membaca buku on other hand merangsang pemikiran, membina dan mencorakkan minda serta peribadi, melalui urutan pengisian yang tersusun.

Bab demi bab, jilid demi jilid, kisah demi kisah. Memberi fokus di dalam penerimaan mutiara hikmah penulis. Sesuai dengan tahap toleransi pemahaman pembaca.

Ya itulah disiplin membaca.

Tidaklah kami mengatakan postings di Facebook itu tiada ada nilainya. Tetapi untuk menjadi luar biasa, menambah nilai diri dan penerokaan ilmu yang tersusun, harus tetap ada disiplin itu.

Semoga menerokai dunia baru, wahai pencinta buku!

Koleksi gambar dan momen berharga di #KonBH2017 boleh lihat di ALBUM INI.

 

Gambar diambil ketika sesi rehat #KonBH2017. Generasi pencinta buku dan pembaca tegar serta  insya-Allah komuniti penulis pelapis masa hadapan!

 

 

Ikuti perkembangan kami di:

Facebook Page Hijrah Indie

Instagram Hijrah Indie

Twitter Hijrah Indie

Jumpa lagi pada tahun hadapan!