Sale Mudahnya Menulis

Mudahnya Menulis

Penulis: Umi Kalthum Ngah

"Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila.” (Al-Qalam:1)

Bidang penulisan biasanya dikaitkan dengan beberapa mitos yang menyebabkan kebanyakan kita rasa tidak termotivasi untuk menulis seperti perlunya ada bakat, boleh menulis dengan baik, cekap menguasai bahasa dan bukan mereka yang datang dari latar belakang bidang matematik dan sains.

Buku Mudahnya Menulis tulisan Dr. Umi Kalthum Ngah, seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia bidang sains dan kejuruteraan bisa mengubah persepsi itu. Menulis rupanya sangat mudah! Gaya penulisan beliau yang bersahaja dengan pelbagai tips dan perkongsian akan membuatkan kita tidak sabar memulakan kembara penulisan sendiri.

Bermula dengan persoalan bagaimana mendapat ilham untuk menulis, Dr. Umi Kalthum membawa pembaca memperbetulkan pemikiran mengenai salah tanggap bidang penulisan. Kemudian tujuan menulis, langkah-langkah menghasilkan penulisan, gaya penulisan, ciri-ciri karya hebat, persiapan psikologi jiwa dalam penulisan dan motivasi untuk terus menerus menulis.

Menulis sangat banyak manfaat antaranya “medan dakwah”, pahala berganda, satu terapi, perkongsian pengalaman dan banyak lagi. Ayuh mulakan titik pengembaraan kita dengan mendapatkan buku ini.

Write a review

Your Name:

Your Review:

Note: HTML is not translated!

Rating: Bad Good

Enter the code in the box below:

Customer Reviews

 

 

 

"Satu satunya bookstore di Malaysia yang menjual buku buku ber genre haraki dan yang diusahakan oleh anak muda Malaysia dengan azam yang tinggi untuk melihat warga malaysia menjadi warga negara yang membaca dan menyintai agama." (Muharrik Daie)​

"Hebat! Mencorak masyarakat dgn ilmu.. Subhanallah. Buku2nya mantop." (Nurfatin Azilimy)

"one of the medium to find islamic books and stuffs." (Cikgu KayKay AlKhair)

"Buku buku tarbiah daripada imanshoppe semua best best. Suka sangat bermuamalat dengan mereka." (Nurnabila Abdul Rahaman)

"Imanshoppe sentiasa update buku-bukunya, especially yang best-best from Indonesia! Keep it up! Moga Allah berkahi." (Jannatun Nisa Jahasnum)

"Pernah membeli buku di sini. Smooth je processnye. Semoga terus maju!"  (Abdul Falakh Zafrieyl)

 


  Payment Methods :                                                     Powered By : 

                    

 

 

Latest Tweets