Sale 37 Kisah Kehidupan Tabi'in Jilid 2

37 Kisah Kehidupan Tabi'in Jilid 2

Penulis: Abdul Rahman Ra'fat al-Basha
 
Buku ini menceritakan kisah sebenar kehidupan sebahagian pemuka tabi'in. Zaman mereka adalah zaman yang hampir dengan kenabian & mereka berpeluang mendapat didikan langsung daripada generasi sahabat yang keluar daripada madrasah Rasulullah s.a.w dengan jayanya.  
Kebanyakan daripada nama-nama para tabi'in jarang kita dengari, atas ketawadhu'an mereka dan mereka pula tidak menyukai gelar-gelar yang tinggi-tinggi. Jilid 1 menghidangkan para pembaca dengan nama-nama seperti Abdur Rahman Al-Ghafiqi, satu-satunya jiwa yang pernah menemui Saidina Umar r.a di negeri Andalus, Abu Hanifah Al-Nu'man, seorang peniaga yang sangat pemurah di zamannya, Abu Muslim Al-Khaulani yang telah mencapai puncak makrifatullah yang tinggi, Al-Ahnaf bin Qais yang badannya kecil, dagunya senget, giginya tidak teratur, tetapi keberaniannya menggugat khalifah ketika masanya, dan banyak lagi. 
Jilid kedua pula menceritakan kisah-kisah tabi'in seperti Rabi'ah Ar-Ra'yi yang bertumbuh membesar menjadi ulama' yang mulia, Salamah bin Dinar yang pernah menasihati amirul mukminin tanpa putus katanya, Sa'id bin Jubair yang menyebut-nyebut ayat Al-Qur'an dengan tangisan seolah-olah ajalnya telah tiba, Salim bin Abdullah cucunya Saidina Umar Al-Khattab dan banyak lagi kisah-kisah tabi'in yang lain.

Write a review

Your Name:

Your Review:

Note: HTML is not translated!

Rating: Bad Good

Enter the code in the box below:

Customer Reviews

 

 

 

"Satu satunya bookstore di Malaysia yang menjual buku buku ber genre haraki dan yang diusahakan oleh anak muda Malaysia dengan azam yang tinggi untuk melihat warga malaysia menjadi warga negara yang membaca dan menyintai agama." (Muharrik Daie)​

"Hebat! Mencorak masyarakat dgn ilmu.. Subhanallah. Buku2nya mantop." (Nurfatin Azilimy)

"one of the medium to find islamic books and stuffs." (Cikgu KayKay AlKhair)

"Buku buku tarbiah daripada imanshoppe semua best best. Suka sangat bermuamalat dengan mereka." (Nurnabila Abdul Rahaman)

"Imanshoppe sentiasa update buku-bukunya, especially yang best-best from Indonesia! Keep it up! Moga Allah berkahi." (Jannatun Nisa Jahasnum)

"Pernah membeli buku di sini. Smooth je processnye. Semoga terus maju!"  (Abdul Falakh Zafrieyl)

 


  Payment Methods :                                                     Powered By : 

                    

 

 

Latest Tweets