FAQs

Sekiranya anda masih mempunyai persoalan yang tidak terdapat di dalam senarai di bawah, hubungi kami melalui emel sales@imanshoppe.com

1.       Kenapa semasa "Checkout" tidak dinyatakan kos penghantaran?
          Antara sebab-sebab mengapa kos penghantaran tidak dinyatakan adalah:

  • Anda telah memilih “Pick up from store”. Tukarkan kepada “Weight based shipping”.
  • Alamat penghantaran tidak dimasukkan dengan betul. Sekiranya alamat yang dimasukkan betul tetapi masalah masih berlaku, berkemungkinan kerana alamat tidak dikenalpasti oleh sistem. Hubungi kami dan kami akan membantu anda.
  • Berat buku tidak dikemaskini. Hubungi kami dan kami akan membantu anda.

2.       Adakah terdapat had dalam pesanan?
          Tiada had. Namun, jika pembelian anda melebihi had 10kg, hubungi kami untuk kami supaya pihak kami dapat membantu urusan penghantaran anda.

3.       Apakah bayaran yang ditanggung oleh pembeli?
          Bayaran yang perlu ditanggung oleh pembeli adalah kos buku dan kos penghantaran. Sekiranya pembeli menggunakan khidmat Paypal atau Online Banking, pembeli akan dikenakan caj oleh servis berkenaan yang tidak ditanggung oleh pihak kami. Kos penghantaran dimaklumkan semasa pembeli “Checkout”.

4.       Bagaimana ingin mengetahui kos penghantaran?
          Sebelum anda tekan "Checkout", tekan pada pilihan "Estimate Shipping & Taxes”, kemudian isikan maklumat lokasi penghantaran anda dan anda akan dimaklumkan caj penghantaran mengikut cara penghantaran.

5.       Bagaimana ingin membuat pesanan ke luar negara? 
          Untuk pesanan ke luar negara, kami mengesyorkan anda menghubungi pihak kami terus melalui emel (sales@imanshoppe.com) atau SMS (+006 013-287 5747). Kami akan memaklumkan kos penghantaran dan memberi pilihan kepada anda sama ada untuk menggunakan POS LAJU atau FedEx. 

6.       Apakah khidmat penghantaran yang digunakan?
          Pihak kami menggunakan perkhidmatan POSLAJU untuk menghantar buku yang ditempah melalui laman web. Sekiranya anda mempunyai pilihan lain seperti pos biasa (Pos Malaysia) atau anda pembeli daripada luar negara, hubungi kami supaya kami dapat membantu anda.

7.       Apakah cara pembayaran yang diterima?
          Cara pembayaran yang diterima oleh pihak kami adalah melalui:

§  Cash Deposit Maybank

§  Bank-bank lain – Menggunakan Online Banking melalui khidmat ipay88

§  PayPal

Caj perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.

8.       Bagaimakah cara serta langkah mudah pembelian buku?
           Langkah-langkah membeli buku di imanshoppe.com ada di sini.

9.       Apakah itu ipay88?
          Ipay88 adalah sebuah perkhidmatan bayaran secara online yang memudahkan pengguna membuat pembayaran melalui pelbagai institusi             
          kewangan dan pelbagai cara seperti kad kredit, bank transfer dan Paypal. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh dirujuk di sini.

10.    Bagaimana cara membuat pembayaran menggunakan ipay88?
         Setelah “Checkout” dan memilih ipay88 sebagai “Payment Method”, tekan “Confirm Order” dan anda akan dibawa ke pautan baru dengan pilihan pembayaran menggunakan Kad Kredit, Online Banking dan sebagainya. Anda hanya perlu mengikut arahan yang diberikan.

11.    Adakah selamat untuk membuat pembelian melalui imanshoppe.com?
         Ya. Ini kerana sistem kami tidak menyimpan maklumat pembayaran individu. Pembeli akan dibawa terus ke pautan institusi kewangan yang dipilih pembeli semasa proses pembayaran. Contohnya, untuk pembayaran menggunakan CIMBClicks, pembeli akan dibawa ke pautan laman web CIMBClicks sehingga proses pembayaran selesai.
 

12.    Berapa lamakah penghantaran buku mengambil masa?
          Penghantaran buku hanya dilakukan pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Tempoh memproses tempahan pembeli setelah menerima bukti pembayaran selalunya mengambil masa 1 hingga 4 hari kecuali kes-kes tertentu seperti pertukaran tempahan, tempahan luar negara, masalah stok & sebagainya. Tempoh penghantaran bergantung kepada jenis penghantaran.

13.    Mengapa saya tidak menerima buku saya walaupun telah lama membuat tempahan?
          Ini berkemungkinan kerana tempahan anda dibatalkan disebabkan tiada pembayaran atau buktinya diterima oleh pihak kami, tidak membayar dalam tempoh 48 JAM daripada hari invois diterima atau permasalahan teknikal lain. Pihak kami akan menghubungi anda melalui emel untuk memaklumkan status terkini tempahan anda. Hubungi kami (03-8942 7284) jika terdapat permasalahan.

14.    Bagaimana tentang polisi barangan yang diterima rosak atau pemulangan?
         Sila hubungi kami.

15.    Apakah medium komunikasi Iman Shoppe?
         Pada kebanyakan masa, kami berkomunikasi menggunakan emel (sales@imanshoppe.com) untuk menghubungi pelanggan, menghantar invois, resit dan sebagainya. Selain itu, kami juga boleh dihubungi melalui telefon/SMS (013-2875747) dan jumpa terus kami di kedai Iman Shoppe pada waktu bekerja.

16.    Apakah waktu operasi imanshoppe.com?
          www.imanshoppe.com beroperasi dan menerima tempahan sepanjang masa. Namun, operasi syarikat pengurusan Iman Shoppe adalah pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi – 6.30 petang, tidak termasuk cuti umum & cuti khas yang akan dimaklumkan.

17.    Adakah pendaftaran perlu dibuat untuk membuat pembelian?
         Tidak. Pelanggan boleh menekan pilihan 'Guest Checkout' selepas 'Checkout' untuk meneruskan pembelian tanpa perlu mendaftar. Jika mahu terus mendaftar semasa pembelian, tekan pilihan 'Register Account' selepas 'Checkout'. Rujuk Cara Membuat Pembelian di sini.

18.    Bagaimana untuk melihat maklumat dan status pembelian?
          Pada bahagian “My Account”, anda boleh melihat atau mengemaskini maklumat seperti nama, alamat dan status pembelian.

19.    Apa yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan akaun?
          Tekan pada link "Forgotten Password". Masukkan emel anda dan anda akan menerima kata laluan baru melalui emel tersebut.

 

 

Customer Reviews

 

 

 

"Satu satunya bookstore di Malaysia yang menjual buku buku ber genre haraki dan yang diusahakan oleh anak muda Malaysia dengan azam yang tinggi untuk melihat warga malaysia menjadi warga negara yang membaca dan menyintai agama." (Muharrik Daie)​

"Hebat! Mencorak masyarakat dgn ilmu.. Subhanallah. Buku2nya mantop." (Nurfatin Azilimy)

"one of the medium to find islamic books and stuffs." (Cikgu KayKay AlKhair)

"Buku buku tarbiah daripada imanshoppe semua best best. Suka sangat bermuamalat dengan mereka." (Nurnabila Abdul Rahaman)

"Imanshoppe sentiasa update buku-bukunya, especially yang best-best from Indonesia! Keep it up! Moga Allah berkahi." (Jannatun Nisa Jahasnum)

"Pernah membeli buku di sini. Smooth je processnye. Semoga terus maju!"  (Abdul Falakh Zafrieyl)

 


  Payment Methods :                                                     Powered By : 

                    

 

 

Latest Tweets