FAQ - Iman Shoppe
t

Anda Soal Kami Jawab

Sekiranya anda masih mempunyai persoalan yang tidak terdapat di dalam senarai di bawah, hubungi kami melalui emel sales@imanshoppe.com
1. Kenapa semasa "Checkout" tidak dinyatakan kos penghantaran?

Antara sebab-sebab mengapa kos penghantaran tidak dinyatakan adalah:

  • Anda telah memilih “Pick up from store”. Tukarkan kepada “Weight based shipping”.
  • Alamat penghantaran tidak dimasukkan dengan betul. Sekiranya alamat yang dimasukkan betul tetapi masalah masih berlaku, berkemungkinan kerana alamat tidak dikenalpasti oleh sistem. Hubungi kami dan kami akan membantu anda.
  • Berat buku tidak dikemaskini. Hubungi kami dan kami akan membantu anda.
2. Adakah terdapat had dalam pesanan?

Tiada had. Namun, jika pembelian anda melebihi had 10kg, hubungi kami untuk kami supaya pihak kami dapat membantu urusan penghantaran anda.

3. Apakah bayaran yang ditanggung oleh pembeli?

Bayaran yang perlu ditanggung oleh pembeli adalah kos buku dan kos penghantaran. Sekiranya pembeli menggunakan khidmat Paypal atau Online Banking, pembeli akan dikenakan caj oleh servis berkenaan yang tidak ditanggung oleh pihak kami. Kos penghantaran dimaklumkan semasa pembeli “Checkout”.

4. Bagaimana ingin mengetahui kos penghantaran?

Sebelum anda tekan “Checkout”, tekan pada pilihan “Estimate Shipping & Taxes”, kemudian isikan maklumat lokasi penghantaran anda dan anda akan dimaklumkan caj penghantaran mengikut cara penghantaran.

5. Bagaimana ingin membuat pesanan ke luar negara?

Untuk pesanan ke luar negara, kami mengesyorkan anda menghubungi pihak kami terus melalui emel (sales@imanshoppe.com) atau Whatsapp (+006 013-287 5747). Kami akan memaklumkan kos penghantaran dan memberi pilihan kepada anda sama ada untuk menggunakan POS LAJU atau SF.

6. Apakah khidmat penghantaran yang digunakan?

Pihak kami menggunakan perkhidmatan POSLAJU untuk menghantar buku yang ditempah melalui laman web. Sekiranya anda mempunyai pilihan lain seperti pos biasa (Pos Malaysia) atau anda pembeli daripada luar negara, hubungi kami supaya kami dapat membantu anda.

7. Apakah cara pembayaran yang diterima?

Cara pembayaran yang diterima oleh pihak kami adalah melalui:

§ Cash Deposit Maybank

§ Bank-bank lain – Menggunakan Online Banking melalui khidmat Senang Pay

§ PayPal

Caj perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.

8. Bagaimanakah cara serta langkah mudah pembelian buku?

Langkah-langkah membeli buku di imanshoppe.com ada di sini.

9. Apakah itu SenangPay?

Ipay88 adalah sebuah perkhidmatan bayaran secara online yang memudahkan pengguna membuat pembayaran melalui pelbagai institusi kewangan dan pelbagai cara seperti kad kredit dan bank transfer. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh dirujuk di sini.

10. Adakah selamat untuk membuat pembelian melalui imanshoppe.com?

Ya. Ini kerana sistem kami tidak menyimpan maklumat pembayaran individu. Pembeli akan dibawa terus ke pautan institusi kewangan yang dipilih pembeli semasa proses pembayaran. Contohnya, untuk pembayaran menggunakan CIMBClicks, pembeli akan dibawa ke pautan laman web CIMBClicks sehingga proses pembayaran selesai.

11. Berapa lamakah penghantaran buku mengambil masa?

Tempoh memproses tempahan pembeli setelah menerima bukti pembayaran selalunya mengambil masa 1 hingga 4 hari kecuali kes-kes tertentu seperti pertukaran tempahan, tempahan luar negara, masalah stok & sebagainya. Tempoh penghantaran bergantung kepada jenis penghantaran.

12. Mengapa saya tidak menerima buku saya walaupun telah lama membuat tempahan?

Ini berkemungkinan kerana tempahan anda dibatalkan disebabkan tiada pembayaran atau buktinya diterima oleh pihak kami, tidak membayar dalam tempoh 48 JAM daripada hari invois diterima atau permasalahan teknikal lain. Pihak kami akan menghubungi anda melalui emel untuk memaklumkan status terkini tempahan anda. Hubungi kami (+6013-287 5747) jika terdapat permasalahan.

13. Bagaimana tentang polisi barangan yang diterima rosak atau pemulangan?

Sila hubungi kami.

14. Apakah medium komunikasi Iman Shoppe?

Pada kebanyakan masa, kami berkomunikasi menggunakan emel (sales@imanshoppe.com) untuk menghubungi pelanggan, menghantar invois, resit dan sebagainya. Selain itu, kami juga boleh dihubungi melalui telefon/SMS/Whatsapp (+6013-2875747) dan jumpa terus kami di kedai Iman Shoppe pada waktu bekerja.

15. Apakah waktu operasi imanshoppe.com?

www.imanshoppe.com beroperasi dan menerima tempahan sepanjang masa. Namun, operasi syarikat pengurusan Iman Shoppe adalah pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.30 pagi – 6.30 petang, tidak termasuk cuti umum & cuti khas yang akan dimaklumkan.

15. Apakah waktu operasi imanshoppe.com?

www.imanshoppe.com beroperasi dan menerima tempahan sepanjang masa. Namun, operasi syarikat pengurusan Iman Shoppe adalah pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.30 pagi – 6.30 petang, tidak termasuk cuti umum & cuti khas yang akan dimaklumkan.

16. Apa yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan akaun?

Tekan pada link “Forgot Password”. Masukkan emel anda dan anda akan menerima kata laluan baru melalui emel tersebut.