Cara Pembelian

Langkah-langkah membuat pembelian di imanshoppe.com:
Langkah 1 - Memilih produk untuk dibeli

1. Layari www.imanshoppe.com dan anda akan dibawa ke laman web Iman Shoppe seperti yang dilihat pada gambar di bawah:

2. Cari produk yang ingin dibeli melalui ruangan ‘Search’. Anda boleh memilih produk yang ingin dibeli dengan klik pada ruangan ‘Add to Cart’.

3. Semasa pembelian, pada bahagian atas website anda boleh melihat status bakul belian anda di bahagian kanan atas website. Untuk melihat dengan lebih lengkap, klik pada gambar Troli Belian .

Langkah 2 - Bakul Belian

1. Setelah anda menekan Troli Belian, anda akan dibawa ke pautan ‘Cart’ seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh mengubah kuantiti produk atau padam produk yang tidak mahu dibeli (klik ikon pangkah). Klik ‘Update Cart’ pada produk yang diubah kuantitinya.

2. Kemudian, jika anda ingin menggunakan kupon atau baucar, masukkan kod pada ruang yang disediakan.

3. Anda boleh memilih penghantaran secara pos (‘Weight Based Shipping’) atau mengambil di kedai (‘Local Pickup’). Anda memasukkan negri dan poskod anda di ‘Calculate Shipping’. Nota: Bahagian ini hanya anggaran. Anda boleh menukar/memilih cara penghantaran anda pada bahagian ‘Checkout’ nanti.

4. Klik ‘Proceed Checkout’ untuk urusan pembayaran.

 

Langkah 3 - Maklumat & Penghantaran

Bayaran yang perlu ditanggung oleh pembeli adalah kos buku dan kos penghantaran. Sekiranya pembeli menggunakan khidmat Paypal atau Online Banking, pembeli akan dikenakan caj oleh servis berkenaan yang tidak ditanggung oleh pihak kami. Kos penghantaran dimaklumkan semasa pembeli “Checkout”.

1) Anda perlu mengisi butiran diri untuk penghantaran.

2) Anda boleh memilih cara pembayaran  sama ada Paypal, Direct Bank Transfer, SenangPay.

i) Cara pembayaran menggunakan Paypal

ii) Cara pembayaran menggunakan Direct Debit

iii) Cara pembayaran menggunakan SenangPay

Sarapan pagi makan Chickenshop,
Terima kasih membeli di Iman Shoppe!