BUKU TERBAIK 2017(BUAT MASA INI) - Iman Shoppe

Tahun 2017 bakal meninggalkan kita. Maka kami ingin kongsikan 10 buku kegemaran kami (buat masa ini) sepanjang tahun 2017!

#1 Arkitek Jalanan Oleh Teme

Arkitek Jalanan menggunakan sudut pandang orang ketiga, dimana watak Teme dan Ahmad silih berganti menjadi fokus cerita. Perjuangan mereka dalam tahun akhir pengajian menjadi latar cerita bersama-sama dengan cita-cita untuk menjadi dua pelajar Malaysia pertama yang berjaya mendapat keputusan First Class Honours, yang bukan calang-calang orang boleh mendapatkannya.

Teme dan Ahmad tidak terlepas dari konflik yang melanda diri, dan pembaca dapat merasakan kepayahan mereka melalui krisis-krisis yang menuntut mereka menyelesaikannya sendiri. Teme dan Ahmad saling berbincang dan bermuhasabah bagi mencari jalan memperbaiki diri, membetulkan arah fikiran yang sering diganggu oleh kepentingan duniawi dan pengajian yang tidak ada henti. Ada kalanya Ahmad merasa bingung sama ada perlu meneruskan pengajian dalam bidang seni bina yang tidaklah menjadi minatnya, manakala Teme pula sering berkonflik dengan keadaan diri yang sering dipergunakan oleh orang lain. Cara mereka menyelesaikan masalah serta membahaskan keperluan-keperluan lain harus menjadi inspirasi kepada pembaca. – Norziati

#2 Setia Dengan Kebenaran Oleh Hasrizal Abdul Jamil

Selalu Ustaz Hasrizal menjentik pembaca dengan pelbagai isu yang masyarakat terlepas pandang. Dalam buku ini, Ustaz lantang sekali menegur masyarakat yang ambil endah tidak endah akan kebenaran yang semakin terpesong, teguran demi teguran ustaz berikan untuk mereka yang menggelar diri mereka agamawan dan sebagainya.

Luar biasa tegas ustaz tekankan ilmu, akhlak, kesungguhan dan keazaman dalam menyebarkan kebenaran itu ada caranya, ada gayanya, dan bukan lah sesenang hati mahu menggunakan dalil itu dan ini dalam membenar dan mengharamkan sesuatu perkara. Setiap perkara perlu ada ilmunya. Agar tidak tercalit “kekotoran” atas nama kebenaran.

Sejarah, dalil nas Quran dan Hadis, dan ilmu lainnya banyak diperkenalkan dalam buku ini, (Bukan sesuatu yang luar biasa dalam buku ustaz) ditambah lagi dengan kajian ustaz terhadap Imam Birgivi, sejarah kebenaran yang beliau bawa dan sebagainya.

Sejauh mana kita setia dengan kebenaran? Walaupun yang memberi nasihat itu kuffar sekali pun, dan yang berdusta itu kononnya mukmin, soalannya sekarang,

Adakah kita akan berpihak kebenaran atau tidak? – Khatijah

#3 Hikayat Satria-Satria Sejati Oleh Hilal Asyraf

“Ariki lari dari istana, meninggalkan kezaliman ayahandanya. Takdir menemukannya dengan Aifer, puteri kepada Kabeer. Tanpa Ariki tahu, pertemuannya dengan mereka, membuka lembaran pengembaraan yang panjang lagi mencabar. Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan mula mengambil tempat.”

Novel ini ala-ala Novel Takdir. Saya punya rancangan terhadap Novel ini ialah ingin menjadikannya 5 siri, dan ianya novel berbentuk pengembaraan. Nak mudah bayang, ala-ala manga One Piece lah, di mana watak utama akan mengembara sambil mengumpul rakan-rakan dan merungkai masalah sebenar sambil menuju ke matlamat untuk menumbangkan kezaliman dan menegakkan kebenaran. – Hilal Asyraf

#4 Hidup Yang Aku Pilih Oleh Muharikah

Buku ni sangat sesuai untuk remaja sekolah menengah hinggalah dewasa. Sebab tulisan yg tidak terlalu berat, tak berkerut2 nak faham apa penulis cuba sampaikan. Direct ayatnya.

Apa mesej utama yang penulis nak sampaikan adalah dalam hidup ini kita punya banyak pilihan. Kita yang pilih untuk menjadi manusia biasa2 atau luarbiasa. Kita yang pilih untuk bahagia atau tidak.

Yg lebih menarik penulis bukan sekadar memberikan motivasi menurut pengalaman dan ilmu beliau tetapi sarat dengan ayat Al-Quran dan hadis yang menjadikan hati kita selaku pembaca seperti dipujuk-pujuk. Ditambah lagi dengan di penghujung setiap bab penulis ada berikan action plan dengan tajuk cuba ini!

Penulis mencadangkan beberapa langkah yang boleh kita lakukan berdasarkan tajuk yang dibincangkan dalam bab tersebut. Ini yang paling saya suka. Sebab terkadang kita dah faham isu yg dibincangkan, dah sedar apa kesilapan diri, tp tak tahu macamana nak mula, langkah apa patut kita ambil. Tapi dengan baca buku ni, penulis dah bagi suggestion langkah dahhhhh. Wow! Tq kak Muharikah. .

Petik sikit kata kak Muharikah dalam ni. “Orang yang berjaya di akhirat, pasti adalah orang yang paling berjaya di dunia”. – Hidayah_aya

#5 Ibrah dari Juz ‘Amma Oleh Dr Kamaru Salam bin Yusof

Dapatkan segera buku Ibrah dari Juz Amma yang menghimpunkan mesej-mesej penting, tema dan pengajaran yang praktikal bagi setiap surah dalam juzuk ke 30.
Kenapa kami mulakan dengan Juzuk 30?

  • Mengandungi surah surah Makiyyah.
  • Rasulullah memulakan tarbiyah kepada sahabat dengan surah surah juzuk ini.
  • Mengandungi surah surah yang lazim bagi kita semua.
  • Surah yang banyak menekankan aspek akidah.
  • Surah yang mudah dihafal dan dihayati dalam solat kita.
  • Surah dalam Juzuk ini merupakan permulaan yang baik untuk anak anak kita.

Dan banyak sebab yang lain lagi.

Jika anda seorang naqib atau naqibah yang sedang mengelola halaqah, inilah buku yang sesuai untuk dimiliki bagi membantu membawakan mesej juzuk 30 kepada anak didik anda.

Jika anda seorang ibu atau ayah, inilah bukunya yang sesuai untuk mendidik anak anak kecil tentang mesej al-Quran yang dibawakan dengan santai.

Jika anda seorang daripada masyarakat awam seperti kami juga, yang tiada latar belakang ilmu deeniyah, maka inilah buku yang baik untuk memulakan explorasi Qur’anic kita bersama.

Pendek kata, inilah buku yang kita cari. – Pustaka Buku Putih

#6 Calling Me Softly By Norhafsah Hamid

‘Calling Me Softly’ is a personal journey in getting to know the exemplary lifestyle of Allah’s Messenger Muhammad pbuh as a role model man, as a teacher, as a husband, as a friend, as a leader and as a prophet of Allah.

The author tries to retrace the footsteps of this great man. She shares her struggles in applying the prophetic teachings and how it has affected her life.

Holding on to the saying ‘Islam is simple’, she set out on a road of discovery.

#7 Yang Singgah dan Pergi Oleh Hafizul Faiz

Apa yang ada di dalam buku ini ? Buku ini mengandungi 213 mukasurat & 60 buah catatan. Di dalam buku ini menghimpunkan catatan-catatan penulis semenjak beliau berada di tahun satu sehinggalah sebelum beliau meninggalkan UIA.

Himpunan catatan, coretan, luahan, perjalanan & pencarian.Perjalanan hidup ini sebenarnya bukanlah satu pencarian sesuatu yang asing, tetapi pencarian diri kita sendiri.

Setiap daripada daripada kita pasti akan singgah pada satu-satu episod kehidupan dan akan meninggalkannya. Sebelum kita pergi, pastikan ada sesuatu yang kita tinggalkan untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Buku ini memang sedap , tak rugi kalau kau baca. – Shahrul AhLami

#8 Breathe By Beni Rusani

The story started off with the Dr.Adam an cardiologist does his routine jogging ; soon then ended up with an heart attack in the park. The story revolves around Adam’s thoughts during his unconscious state. Adam then bring us along with various character that he meet during his lifetime. It’s an trip down memory lane journey.

Breathe is an eye opening novel for me. Not all doctors are the same. They are also human at the end. At one point of time, I started to think “Is this how Doctors behave” “Is this how the situation will be in surgical room”. Even doctors have an emotional attachment to any patients they treat, be a their regular ones or a new patient they meet few minute ago. But the important point for Doctors is that how they to learn from their experience and move on to serve others. – Jennifer Antony

#10 Hiatus Oleh Budak Tomato

The book is like a novel, sharing stories of Amir Talhah and his life, featuring quite a number of people especially his friends, his parents, his sisters and others – someone he fall in love with, someone who felt in love with him, someone who is going to help him, someone who is going to put him into troubles. Different types of people who actually exist in our own life too.

Is it a real story?

Don’t ask me, I have no idea. -_-‘
Only the author and Allah know it.

This book also reflects the reality of life – people with histories (that seem to be bad for other people) whose nightmares hold them from changing into a better person. Even, as people who encounter these people, are we going to close our eyes and ignore the facts that they need us? Plus, are we going to accept them to be in our life if they really want to improve themselves? And even if they are not able to change, are we going to keep supporting them? – hanisamanina