.
Kadang-kala kita hairan, macam mana ada sesetengah orang yang kita kenal atau jumpa boleh baca banyak buku dalam keadaan kita tahu mereka sibuk. Kita yang boleh dikatakan takberapa nak sibuk ni, nak habiskan satu buku sebulan pun payah.
.
Begitu juga dengan seorang sahabat kami, Muhd Eirfan yang sekarang sedang menyambung pengajian master degree nya di University of Jordan. Dalam kesibukan beliau menelaah kitab-kitab kuliah yang sememangnya wajib untuk pengajiannya, beliau masih ada masa untuk membaca buku-buku di luar bidang pengajiannya, Syariah Islamiah.
.

.
Melalui perkongsian beliau, setakat akhir bulan Mac 2018 ini, beliau telah membaca 30 buah buku. Ini bermaksud dalam sebulan beliau berjaya membaca 10 buah buku!
.

.
Kagum dengan pencapaian beliau kami tertarik untuk berkongsi tips dan cara beliau berjaya melakukan sedemikan.

Berikut 14 Tips peribadi beliau:

  1. Beliau tidak membaca buku satu-persatu. Maksudnya beliau tidak menghabiskan bacaan satu buku baru beralih ke buku yang seterusnya. Dalam satu masa beliau berpindah-pindah membaca antara tiga atau empat buku, bagi mengelakkan rasa bosan membaca. Buku yang ringan akan cepat habis, buku yang berat akan memakan masa tapi ia tidak akan melambatkan momentum membaca.
    .
  2. Berkesinambungan daripada tips pertama, antara tiga atau empat buah buku ini, ada yang dalam bentuk bercetak, dan ada yang dalam bentuk ebook. Oleh itu, di mana sekalipun beliau berada, pasti beliau boleh membaca buku. Sebabnya dalam kehidupan seharian ada masa kita tak dapat membuka atau membawa buku bercetak, lalu kita buka ebook dalam gajet kita. Ada masanya kita tak dapat menggunakan gajet, jadi kita buka buku bercetak.
    .
  3. Menurut beliau, tablet adalah gajet terbaik untuk membaca ebook. Bukan computer atau laptop dan juga smartphone kerana screen yang kecil menyusahkan pembacaan. Tak perlu tablet mahal, tablet di bawah RM 500 pun sudah memadai.
    .
    .
    .
  4. Bukan semua buku yang dibaca itu mesti buku akademik. Jika waktu stamina sedang lemah, pilih buku yang lebih ringan dan santai persembahannya. Fiksyen pun tidak apa. Yang penting ia membantu kita mengekalkan momentum dan semangat membaca itu.
    .
  5. Membaca di mana-mana dan pada bila-bila masa. Selagi mana aktiviti membaca itu menggangu urusan kehidupan yang lain.
    .
  6. Letak kuota bacaan yang kita mampu penuhi mengikut kadar kemampuan kita supaya kita boleh berehat kemudiannya. Ini kerana tenaga kita terhad dan komitmen harian kita berbagai-bagai.

    Setiap orang berbeza kemampunyannya. Jangan tertekan jika kuota tidak dipenuhi. Teruskan membaca tenang-tenang.

    .
     Amaran: Kami tak sarankan anda buat stunt begini ya 😉
    .

  7. Luangkan masa khusus untuk membaca. Bagi beliau sendiri, disebabkan beliau mempunyai banyak masa ketika menaiki pengangkutan awam, jadi waktu itu dijadikan waktu membaca.
    .
  8. Curi masa. Sebenarnya banyak masa-masa kosong antara dua tugas yang boleh kita selitkan dengan membaca. Bagi beliau, masa menunggu pensyarah masuk ke dewan kuliah juga digunakan untuk membaca buku.
    .
  9. Rehatkan minda setiap beberapa muka surat, atau setiap bab. Membaca tanpa henti akan menyebabkan apa yang dibaca tidak lekat, dan kita cepat letih. Mungkin boleh berhenti satu minit, tarik nafas dan bertafakur selepas habis membaca satu bab sebelum menyambung semula bacaan.
    .
  10. Fikiran perlu tenang, bukannya membaca dalam keadaan terpaksa atau menyampah. Macam mendaki bukit, jalan perlahan-lahan mengikut stamina kita. Kalau tidak akan mengah, silap-silap pitam.
    .

    .
  11. Sesetengah bahan itu agak berat dan memerlukan kepada penelitian lebih untuk difahami. Lebih-lebih lagi sekiranya buku tersebut dalam bahasa Inggeris atau Arab. Biasanya dalam kes seperti itu beliau akan mengulang bacaan satu perenggan itu beberapa kali hingga faham. Bila membaca bahan yang berat, beliau akan rendahkan kuota seperti yang dinyatakan dalam poin 6 itu.
    .
  12. Download aplikasi kamus dalam smartphone. Mudah nak rujuk sekiranya ada perkatan yang tidak difahama semasa membaca.
    .
  13. Manfaatkan kelebihan ebook yang kebanyakannya percuma dan mudah didapati berbanding buku fizikal.
    .

    .
  14. Yang terakhir, antara perkara yang paling memotivasikan beliau untuk membaca keinginan untuk berkongsi. Beliau akan letak penanda pada poin-poin yang menarik yang dibaca, dan kemudian beliau akan tulis sesuatu untuk dikongsikan dengan orang lain nanti.

Semoga perkongsian daripada sahabat kami ini dapat membantu anda untuk konsisten membaca lebih banyak buku.

.

.
Sukakan konten sebegini? Subscribe newsletter #kurasaiman di sini
.