Cara Membuat Pembelian

Langkah-langkah membuat pembelian di imanshoppe.com:

Langkah 1 - Memilih produk untuk dibeli

1. Layari www.imanshoppe.com dan anda akan dibawa ke laman web Iman Shoppe seperti yang dilihat pada gambar di bawah:

 

2. Cari produk yang ingin dibeli melalui ruangan 'Search'. Anda boleh memilih produk yang ingin dibeli dengan klik pada ruangan 'Add to Cart'.

 

3. Semasa pembelian, pada bahagian atas website anda boleh melihat status bakul belian anda di bawah perkataan 'Shopping Cart'. Untuk melihat dengan lebih lengkap, klik pada status berkenaan dan anda akan melihat senarai produk bersama-sama kuantiti dan harganya seperti dalam gambar di bawah. Klik 'View Cart' jika anda ingin membuat pembetulan, menggunakan kod kupon, menggunakan kod baucar atau menganggarkan kos penghantaran. Jika anda ingin terus ke bahagian pembayaran, klik 'Checkout' (lihat Langkah 3).

 

Langkah 2 - Bakul Belian

1. Setelah anda menekan 'View Cart', anda akan dibawa ke pautan 'Shopping Cart' seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh mengubah kuantiti produk atau padam produk yang tidak mahu dibeli (klik ikon pangkah). Klik ikon refresh pada produk yang diubah kuantitinya.


 

2. Kemudian, jika anda ingin menggunakan kupon atau baucar, masukkan kod pada ruang yang disediakan.


 

3. Dan jika anda ingin menganggarkan kos penghantaran, klik 'Estimate Shipping & Taxes', lengkapkan ruangan yang dipaparkan, klik 'Get Quotes'. Paparan pilihan cara penghantaran akan muncul, anda boleh memilih penghantaran secara pos ('Weight Based Shipping') atau mengambil di kedai ('Pickup From Store'). Klik 'Apply Shipping' untuk meneruskan. Nota: Bahagian ini hanya anggaran. Anda boleh menukar/memilih cara penghantaran anda pada bahagian 'Checkout' nanti.

4. Klik 'Checkout' untuk urusan pembayaran & penghantaran atau klik 'Continue Shopping' jika ingin meneruskan pembelian.

 

 

Langkah 3 - Maklumat & Penghantaran

1. Jika anda merupakan pelanggan baru, klik pada pilihan 'Register Account' untuk membeli & terus mendaftar atau teruskan pembelian sebagai tetamu dengan klik pada 'Guest Checkout'. Jika anda pernah mendaftar sebelum ini, lengkapkan ruangan pada bahagian 'Returning Customer' dan klik 'Login'.

 

2. Lengkapkan maklumat anda dalam ruangan yang disediakan seperti dalam gambar di bawah. Klik 'Continue'.

 

3. Pilih cara penghantaran anda, sama ada secara Pos Laju ('Weight Based Shipping') atau anda ingin mengambil sendiri di kedai ('Pickup From Store'). Klik 'Continue'.

Langkah 4 - Pembayaran

Pilih cara pembayaran anda, yang terdiri daripada:

a. Bank Transfer 

1. Klik pada pilihan 'Bank Transfer'.

2. Pada bahagian 'Confirm Order', anda akan melihat paparan seperti gambar di bawah.

Dengan klik pada bahagian 'Confirm Order' di bawah, anda cuma mengesahkan tempahan anda. Penghantaran tidak akan dilakukan kerana selagi pihak kami tidak menerima bukti pembayaran daripada anda ke akaun Maybank IMANSHOPPE SDN. BHD. 562142411077 melalui emel sales@imanshoppe.com atau whatsapp 013 - 287 5747, tempahan anda akan disimpan sebagai 'pending' dalam data pihak Iman Shoppe .

Bukti pembayaran ini perlu jelas dan tidak meragukan. Tempahan akan dikira batal jika bukti pembayaran tidak diterima dalam masa 3 hari dari masa tempahan.

b. Paypal (sales@imanshoppe.com)

Pada bahagian 'Confirm Order', dengan klik pada bahagian 'Confirm Order' di bawah, anda cuma mengesahkan tempahan anda. Tempahan anda akan disimpan dalam data pihak Iman Shoppe. Namun, penghantaran tidak akan dilakukan selagi pihak kami tidak menerima pembayaran daripada anda melalui emel sales@imanshoppe.com. Bukti pembayaran ini perlu jelas dan tidak meragukan. Tempahan akan dikira batal jika bukti pembayaran tidak diterima dalam masa 3 hari dari masa tempahan.

Langkah 5 - Semakan

Semakan boleh dibuat dengan cara berikut:

a. Log masuk ke imanshoppe.com

Pada ruangan akaun anda, status tempahan boleh disemak.

b. Emel

Segala persoalan mengenai status tempahan, penghantaran, pertukaran dan cadangan boleh dihantar ke emel sales@imanshoppe.com

c. Telefon / SMS

Tel: 03- 8940 6221 / 013-287 5747 (ISNIN-JUMAAT, 9.30 PAGI - 6.30 PETANG) 

 

Customer Reviews

 

 

 

"Satu satunya bookstore di Malaysia yang menjual buku buku ber genre haraki dan yang diusahakan oleh anak muda Malaysia dengan azam yang tinggi untuk melihat warga malaysia menjadi warga negara yang membaca dan menyintai agama." (Muharrik Daie)​

"Hebat! Mencorak masyarakat dgn ilmu.. Subhanallah. Buku2nya mantop." (Nurfatin Azilimy)

"one of the medium to find islamic books and stuffs." (Cikgu KayKay AlKhair)

"Buku buku tarbiah daripada imanshoppe semua best best. Suka sangat bermuamalat dengan mereka." (Nurnabila Abdul Rahaman)

"Imanshoppe sentiasa update buku-bukunya, especially yang best-best from Indonesia! Keep it up! Moga Allah berkahi." (Jannatun Nisa Jahasnum)

"Pernah membeli buku di sini. Smooth je processnye. Semoga terus maju!"  (Abdul Falakh Zafrieyl)

 


  Payment Methods :                                                     Powered By : 

                    

 

 

Latest Tweets