.

Jika anda percinta buku atau #obsesikubuku, acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan acara tahunan yang anda tak mahu terlepas.

Tahun ini, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018) akan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti acara santai dengan penulis/ilustrator/kartunis, sesi bercerita, sesi persembahan kanak-kanak, pelbagai pertandingan, bengkel dan banyak lagi.

Ringkasnya PBAKL 2018 akan mengetengahkan konsep perkongsian kandungan oleh penulis, pembaca mahupun pempamer.

Berikut kami ingin kongsikan 5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Terlepas Pesta Buku Antarabangsa:

.

1) Syurga Pencinta Buku

Ada 3 acara utama yang akan berlangsung di satu tempat yang sama:

a. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

– Bermula tahun pertama, 1981, PBAKL berjaya mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung pada tahun 2013 sehingga kini. Hal ini demikian, kerana ia merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru.

b. BACA World

– BACA is a borderless platform for ideas, exploration and digital innovation across all generations. Come and experience this revolutionary moment with us as we celebrate the marvels of our technology!

c. KONVENSYEN PENULISAN

– Tahun ini, Konvensyen Penulisan Kuala Lumpur memberikan himpunan pengalaman terbaik Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk yang baru bermula mencari rentak kejayaan karya dan mendorong kebangkitan semula.

Dan banyak lagi! Untuk maklumat lanjut, boleh layari website https://klibf.my

.

2) Anugerah Kulit Buku Cantik diadakan buat PERTAMA KALI!

Anugerah Kulit Buku Cantik merupakan hadiah pilihan pembaca bagi reka bentuk kulit buku tercantik yang pertama kali diperkenalkan dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

Kriteria utama bagi anugerah ini ialah reka bentuk kulit buku dan bukannya kandungan buku.

Dan kami ada berita gembira! Buku Pelukis Jalanan termasuk sepuluh finalis yang akan bertanding semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Pemilihan sepuluh finalis ini berdasarkan bilangan ‘like’ terbanyak mengikut kategori yang telah ditetapkan. Seperti yang dimaklumkan di laman FB. Pengundian terakhir akan berlangsung pada:

  • 28 April hingga 1 Mei 2018
  • 12:00 tengah hari hingga 5:00 petang
  • Setiap pengunjung boleh mengundi satu kulit buku pilihan mereka dan sekali sahaja.
  • Pengumuman pemenang pula akan berlangsung pada:
  • 5 Mei 2018 (Sabtu)
  • 5:00 petang di Pentas Utama, Aras 2, PWTC

Satu naskhah buku tersebut akan dipamerkan di ruang pameran khas di ‘The Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre’ yang akan berlangsung dari 30 April hingga 2 Mei di Bilik Kuala Lumpur, PWTC

.

3) Tempat ‘dating’ antara pembaca dan penulis

Di mana lagi tempat atau acara yang sesuai bagi anda dapat bertemu dengan penulis buku kegemaran anda jika bukan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini?

Anda boleh berjumpa, berborak, bertanya dan juga berswafoto dengan penulis kegemaran anda!

Jika anda seorang penulis buku, sudah tentu anda ingin bertemu dengan pembaca-pembaca buku anda dan bersembang bersama mereka.

Kerana merekalah yang membaca, memahami dan akan membawa mesej yang terdapat dalam buku anda.

Pastikan anda ‘up-to-date’ dengan sesi bersama penulis kegemaran anda!

Bagi sesi meet & greet penulis IMAN, boleh ikuti perkembangan di page Instagram atau Twitter kami!

.

4) Promosi Diskaun Yang Hebat

Selain dapat bertemu dengan penulis, anda boleh dapati banyak promosi-promosi menarik di semua reruai buku di Pesta Buku Antarabangsa.

Beri perhatian lebih pada TAWARAN ISTIMEWA di booth yang anda lawati.

Jangan lupa untuk nikmati promosi diskaun dan kombo yang menarik di Booth IMAN!

Ada Kombo Buku Baru Teme.

Ada Kombo 3 Buku RM60.

Ada Kombo 3 Buku RM50.

Dan ada juga clearance sale, DISKAUN SEHINGGA 60%!

AMARAN: Sila bawa bag troli atau bag besar jika anda seorang yang susah nak ‘resist‘ tawaran buku 😂

.

5) Pelancaran Buku-Buku Terbaru

Kawan-kawan, di Pesta Buku Antarabangsa inilah anda akan temui banyak buku-buku yang baru diterbitkan oleh syarikat penerbitan buku di Malaysia.

Inilah peluang anda untuk menjadi antara orang yang terawal untuk mendapatkan buku-buku ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku-buku terbaru terbitan Iman Publication di;

Booth IMAN @ PBAKL2018
Dewan Tun Razak 4, PWTC
27 April – 6 Mei 2018
No. Booth 4130 – 4134