Kita semua terpaksa akui bahawa dengan dunia yang semakin pantas ini, barangkali kita semua selalu merasakan tidak cukup masa.

Tak cukup masa untuk belajar benda baru.

Tak cukup masa untuk cuba masak menu baru. (walaupun dah save banyak video tutorial dari Tasty)

Tak cukup masa untuk membaca.

Tak cukup masa untuk meningkatkan ilmu pengetahuan terutama ilmu Islam.

Tapi adakah ianya hanya sekadar alasan?

Kami ingin kongsikan 5  cara yang berkesan untuk lengkapi diri anda dengan Ilmu Islam terutama bagi anda yang sentiasa sibuk dan menjalani kehidupan yang fast-paced; 

1. Dengar Ceramah dari Youtube

– Muat turun dan simpan di dalam MP3 (kalau anda jenis yang old school) atau smartphone dan dengar semasa perjalanan ke tempat kerja.- Kalau pergi dan balik kerja ambil masa sejam, dalam seminggu anda sebenarnya telah mendengar 5 jam ceramah!

– Bayangkan kalau anda ada saiz ceramah dekat 10GB (sama dengan 500 jam++), anda boleh habiskan dalam masa setahun memandu dalam kereta sewaktu pergi balik kerja.

– P/S: Jika alasan anda adalah “tak ngatuk ke dengar ceramah masa drive?”, perbetulkan balik niat dan pilih ceramah yang tidak mengantukkan.

2. Memperuntukkan masa untuk membaca

– Cubalah untuk membaca 30 minit pada waktu pagi dan 30 minit sebelum tidur.

– Bill Gates dan Warren Buffet pun baca buku sejam sehari, jadi sebenarnya kita tiada alasan nak membaca. Kena disiplin.

3. Kelilingi Diri Kita Dengan Orang yang Berpengetahuan Tinggi

– Kawan dengan orang yang suka borak pasal idea baru atau inovasi

– Elakkan diri daripada orang yang suka borak pasal gosip dan pasal orang lain

4. Ikut akaun/profil Twitter atau Instagram yang berfaedah


– Tahu tak, average manusia tengok media sosial mereka adalah 3 jam sehari! Jadi gunakan 3 jam itu sebaik yang mungkin.

– Baca artikel atau tengok video yang menambahkan ilmu kita bukannya menambahkan dosa. Eheh…

– Kami dapati sebenarnya di Twitter, terdapat banyak konten terbaru & bermanfaat mengenai ilmu perniagaan, berita dan lain-lain.

– Anda suka follow siapa di Twitter? Kongsikan di komen bawah.

5. Komited untuk pergi ke usrah/kuliah mingguan

– Tak kisah manapun asalkan usrah/kuliah tu betul-betul kasi halatuju yang sepatutnya dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim.

Jika ada kesempatan untuk pergi ke kelas-kelas ilmu, itu lebih baik. Jika tak berkesempatan, boleh cuba ikut cara-cara di atas.

Sudah tentu, tidak ada yang boleh setanding dengan barakahnya berguru, lutut bertemu lutut belajar ilmu agama secara berstruktur dan boleh plan dalam kehidupan iAllah.

P/S: Artikel ini diambil dari post Facebook Nur Aisyah Zainordin dan telah diubah suai mengikut kesusaian pembaca.