Anda seorang yang gemar membaca. Agaknya bilakah kali terakhir anda membaca sebuah buku?

Ya, membaca buku.

Atau adakah aktiviti membaca buku itu telah ditukar ganti dengan membaca ‘instant article’ di timeline facebook atau dengan menonton video di youtube, seterusnya rasa sudah puas dan cukup terisi.

Bagi mereka yang mula merasakan selesa dan cukup dengan hanya membaca dari Facebook dan Website, anda mungkin akan terlepas 4 manfaat ini (sebenarnya banyak lagi) yang hanya akan dinikmati oleh mereka yang konsisten membaca sejumlah buku atau novel yang signifikan dalam setahun.

  • Merangsang Minda

Otak sama seperti otot-otot lain yang ada pada tubuh manusia. Apa akan jadi kalau otot tidak digunakan secara optimum? Otot akan mengecut atau dipanggil dystrophy. Kalau tak percaya pergi tanya abang-abang sado yang selalu main gym, apa jadi kalau dorang stop angkat besi dalam sebulan dua.

Mereka yang aktif membaca akan merangsang otak untuk kekal aktif. Malah telah ada kajian saintifik yang dijalankan mendapati selain bermain chess, membaca buku, dapat menghindarkan si pembaca daripada penyakit Alzheimer dan Dementia.

Setiap anggota dalam tubuh kita mempunyai makanan mereka sendiri untuk terus kekal berfungsi. Dan makanan bagi otak adalah berfikir, membaca dan yang berkaitan dengannya (selain bekalan darah yang membawa oksigen)

  • Melatih Fokus

Dalam dunia internet yang semakin ‘menggila’ ini, kita semua seperti dipaksa untuk multitasking sehingga perhatian seringkali terabai dan akhirnya menyebabkan semua hasil kerjanya tidak efektif. Kesannya, produktiviti pun semakin rendah.

Sebagai contoh, apabila membuka smartphone, walaupun niat asalnya hanya nak buka whatsapp untuk 5 minit sahaja, tetapi bila tersedar sudah setengah jam beralu dan anda sekarang sedang menonton video seekor kucing yang sedang bermain dengan ekornya sendiri di instagram. Kan?

Oleh itu, antara cara terbaik untuk melatih diri supaya fokus sama ada dalam kerjaya ataupun pelajaran adalah dengan membaca buku. Cari 15 ke 30 minit sehari untuk anda peruntukkan dengan membaca buku. Anda pasti akan merasai perubahan tahap fokus anda semasa belajar ataupun bekerja.

  • Mengurangkan Stress

Dalam dunia yang semuanya (hampir semua) menjadi digital, percaya tak kalau dikatakan penggunaan smartphone yang melebihi had sepatutnya sebenarnya secara tidak langsung menambah tekanan kepada minda kita.

Daripada kemaskini berita, hal ehwal politik, jual barang online hinggalah kepada isu picisan kategori sampah yang menjadi tular, semuanya seolah-olah wajib kita ambil tahu. Semuanya perlu dibaca.

Semua ini sedikit sebanyak akan menambah tekanan yang sedia ada dalam kepala kita. Dengan kerjaya, pelajaran dan mungkin juga keluarga. Jadi adakah perlu kita masukkan maklumat atau input yang ‘kurang’ bermanfaat ini ke dalam otak kita? You are what you read.

Oleh itu, cuba ambil sehari dalam seminggu, katakanlah hari Ahad. Cari satu novel atau mana-mana buku cerita, kisah atau sirah dan nikmati perjalanan buku tersebut dan ikut ke mana penghujungnya membawa anda. Cuba sekali dan anda akan rasakan sedikit rileks dan kurang stress berbanding dengan seharian scrolling timeline Facebook atau Instagram.

  • Tambah Kosa Kata

Manfaat ini memang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun. Berbeza dengan membaca artikel daripada facebook dan website, kosa kata yang anda temui itu seolah-olah mati kerana ia tidak dipersembahkan dalam bentuk cerita. Lebih berbentuk fakta. Dan terkait rapat dengan fakta adalah anda sukar mengingat fakta.

Berbeza pula bila anda membaca buku atau novel. Fakta dan perbendaharaan kata yang disajikan hidup dengan adunan cerita yang berkesinambungan. Dengan itu, kosa kata anda semakin banyak. Apatah lagi jika novel atau buku yang anda baca mengangkat tema yang berbeza dari latarbelakang pendidikan dan kerjaya anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda seorang akauntan, dan ingin membaca novel yang bertemakan kesihatan dan kehidupan seorang doktor, anda mungkin perlu pertimbangkan novel Detour terbitan Iman Publication. Penulisnya seorang doctor perubatan. 😊

Semoga bermanfaat!
.

.

.
Tercari-cari buku tarbiah, motivasi atau buku terbitan Iman? Dapatkan hanya di Iman Shoppe!