It’s not what we do once in a while that shapes our lives, but what we do consistently.”
– Anthony Robbins

Anda pasti pernah terbaca atau terdengar kata-kata ini di mana-mana. Adakah anda setuju dengan kenyataan ini?

Benarkah kejayaan itu sangat berkait rapat dengan konsisten atau kita panggil istiqamah?

Definisi berjaya adalah relatif sebab itu ada sebahagian orang kata kejayaan itu adalah satu tabiat atau attitude bukan satu fenomena atau kejadian.

Sebagai contoh, kita melihat straight A dalam SPM sebagai berjaya, jadi adakah mereka yang tak dapat straight A gagal? Mereka tidak gagal selagi mereka tidak berhenti mencuba. Bahkan inilah yang dikatakan kejayaan yang hakiki. Konsisten.

Jadi persoalannya bagaiamana untuk terus konsisten dalam setiap pekerjaan. Sama ada kerja itu pada zahir mata manusia melihat sebagai gagal, ataupun sebaliknya.

Keep your eye on your why

Perasan tak, masa waktu kita kecil, kita sanggup menyimpan wang setiap hari semata-mata nak kumpul untuk beli barangan mainan yang kita impikan. Dari mana datangnya keinginan yang kuat untuk terus menyimpan duit setiap hari secara konsisten walaupun kadang-kala terpaksa berlapar. Kerana kita sudah membayangkan barang mainan yang akan kita dapat nanti bila duit dah cukup.

Oleh itu, sentiasa ingat dan fikir balik, in the first place kenapa kita buat sesuatu kerja tu. Bayangkan setiap kerja kita setiap hari yang konsisten itu merupakan langkah-langkah yang bakal mendekatkan kita kepada goal yang kita nak capai.

Betulkan mindset

Disebabkan konsisten atau istiqamah ini adalah satu tabiat, seperti mana tabiat-tabiat lain, ia tidak datang dalam satu malam. Ia perlukan latihan yang berpanjangan.

Dan jika ada hari-hari yang anda tidak bersemangat jangan biarkan ia berterusan. Adalah OK untuk anda rasa lemah semangat kerana kita semua manusia. Cuma jangan terlalu lama, cepat-cepat kembali konsisten kepada jadual yang telah dirancang.

Tiada orang yang boleh berubah daripada pemalas, tak bersemangat dan selalu bertangguh kepada produktif dan konsisten dalam masa sehari. Malah ada kajian mengatakan manusia perlu sekitar 20-40 hari untuk satu-satu tabiat itu menjadi kebiasaan.

Mulakan seawal bangun pagi

Perasan tak, kalau ada satu hari tu yang kita bangun lambat, terlajak solat subuh, terpaksa skip breakfast, terperangkap dalam trafik jam, sampai pejabat lambat dan kena marah pula dengan bos, sehari tu kita rasa tak bersemangat dan terasa malas yang amat. Habis ke laut semua plan hari tu.

Semuanya bermula dari apa? Mungkin ada yang jawab, sebab terlambat bangun pagi! Tapi mungkin kita tak sedar, hakikatnya ia bermula daripada tidur lewat. Lalu membawa kepada tak cukup tidur seterusnya bangun lambat.

Tidur awal dan bangun awal. Rancang aktiviti anda seawal selepas subuh (lagi baik sebelum subuh). Sebab kecenderungan produktiviti kita sangat berkait rapat dengan rutin pagi kita.

Susun dan bahagikan jadual harian

Dalam buku Success Under Stress: Powerful Tools for Staying Calm, Confident, and Productive when the Pressure’s on, Sharon Melnick mencadangkan agar jadual harian, mingguan malah bulanan dibahagikan mengikut tugas dan keperluan.

Kata beliau, cara ini dapat memudahkan fokus kita untuk berfikir dan bekerja secara konsisten. Berbanding dengan segala kerja yang perlu disiapkan dalam masa sehari.

Sebagai contoh, anda seorang mahasiswa di salah sebuah universiti tempatan. Anda blok dua malam dalam seminggu, contohlah malam Isnin dan malam Selasa, untuk anda fokus belajar subjek yang anda rasa susah sangat nak skor. Hanya dua malam tersebut!

Kemudian ada satu malam untuk anda pergi usrah. Ada malam kena ‘pulun’ buat assignment. Malah mungkin anda boleh kecilkan pembahagian kepada jam pula. Sejam pertama buat ini dan seterusnya.

Dengan cara ini, anda akan lebih fokus, terpandu seterusnya konsisten untuk melaksanakan tugasan harian. Ini dapat mengelakkan anda daripada berfikir untuk menyiapkan semua perkara dalam satu masa.

 

Apa juga cara dan tips yang dicadangkan sama sekali tidak akan dapat mengubah attitude anda untuk menjadi lebih produktif dan konsisten. Selagi mana anda sendiri tidak mencubanya dan bertindak ke arah perubahan dan kejayaan yang anda impikan.

Semoga bermanfaat!

.

.