.

Sebahagian besar masyarakat Islam sering terkeliru dengan perbezaan antara pendakwah dan juga ulama’. Tidak semua pendakwah itu perlu menjadi ulama’ kerana kriteria yang perlu dipenuhi untuk menjadi seorang yang alim benar tentang agama adalah tinggi.

Seorang Muslim biasa juga sebenarnya telah mempunyai tanggungjawab untuk berdakwah. Walaupun skop dakwahnya tidak luas kerana keterbatasan ilmu, berdakwah tidak patut ditinggalkan. Dakwah ini dipanggil dakwah mujmalah atau maksudnya dakwah yang umum.

Kita boleh berdakwah kepada non-Muslim, menceritakan tentang kebaikan Islam ataupun sekurangnya melakukan amar makruf nahi munkar, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Walaubagaimanapun, meskipun tugas pendakwah umum tidak seberat ulama’, setiap pendakwah perlu bersedia dengan bekalan untuk berhadapan dengan masyarakat. Antara bekalan yang paling utama adalah bekalan ilmu.

Berikut tiga jenis ilmu yang mesti pendakwah sediakan dan beramal secara konsisten dengannya. Kami kongsikan juga senarai buku yang perlu and abaca sebagai seorang pendakwah.

.

  • Memiliki ilmu tentang apa yang didakwahkan kepada orang lain

Salah satu sifat yang perlu pendakwah ada ialah, hanya menyampaikan kepada orang lain apabila dia benar-benar yakin dengan kebenaran ilmu tersebut.

Sekiranya pendakwah menyeru orang lain dalam keadaan dia sendiri jahil mengenai apa yang diserunya, masyarakat bukan akan bertambah baik, malah akan semakin rosak dengan ‘ilmu’ yang disampaikan oleh pendakwah yang jahil.

Buku ‘Profil Murabbi Ideal’ karangan Abdul Hamid Al-bilali adalah antara buku yang perlu pendakwah baca untuk menjadi pendakwah yang baik.

Selain itu, buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ karangan Sheikh Fathi Yakan adalah sangat penting untuk para pendakwah betul-betul memahami perkara fundamental agama Islam itu sendiri.

Setelah jelas dengan konten dakwah yang ingin dibawa, pendakwah akan lebih yakin dan berkesan dalam menyampaikan dakwah.

.

  • Mengetahui keadaan mad’u atau orang yang didakwahi

Pendakwah perlu sentiasa mengambil berat akan mad’unya kerana dakwah adalah interaksi hati antara seorang daie dengan mad’u. Oleh itu, seorang dai’e perlu benar-benar memahami keadaan mad’unya luar dan dalam.

Bagaiamana keadaan keluarganya, status ekonominya, malah keadaan hatinya. Adakah dia sedang sedih, gembira atau marah.

Perkara ini hanya boleh diketahui sekirang seorang pendakwah itu sensitive dan peka dengan keadaan mad’unya. Pendakwah perlu sentiasa mengambil berat akan mad’unya.

.

  • Mempunyai ilmu berkaitan kaedah atau uslub dakwah

Berkait rapat dengan poin pertama dan kedua, ilmu berkaitan uslub dakwah adalah jambatan antara konten dakwah dengan mad’u.

Uslub dakwah penting kerana tidak mungkin cara berdakwah kepada masyarakat kampung sama dengan cara berdakwah kepada graduan universiti.

Begitu juga lain caranya berdakwah kepada mereka yang baru sahaja memeluk agama Islam dengan mereka yang sejak lahir lagi telah Muslim tapi tidak pernah dan jarang sekali mempraktikkan kehidupan seorang Muslim.

Antara buku-buku yang perlu anda dapatkan untuk mempelajari kaedah berdakwah adalah Asas asas Berdakwah ke Jalan Allah, karangan Dr. Hammam Said, 3 Formula Pengubah Manusia, dan Fiqh Dakwah Para Nabi.

Buku-buku ini akan memberikan panduan bagaimana kaedah dan cara untuk melaksanakan dakwah secara tuntas dan efektif.

Oleh itu, bersempena Pesta Buku Tarbiah yang sedang berlangsung sehingga 30 April ini, pendakwah seharusnya mengambil peluang untuk mencari bahan bacaan yang sesuai dan pastinya lebih murah berbanding harga di luar.

Diskaun yang diberikan bermula serendah 10% hingga 90%! Semua buku yang dinyatakan di atas boleh didapati di kedai Imanshoppe, Serdang atau website imanshoppe.com

Bagi para pendakwah yang sedang mencari bahan bacaan yang baik , jangan lupa untuk bertandang ke booth Imanshoppe di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di PWTC nanti!

.

.